Lelaki solat tapi zina

APA yang perlu saya buat selain solat dan doa? Saya ada seorang kekasih, tetapi ayahnya tidak suka saya kerana lebih memandang harta dan darjat. Saya dan kekasih saya bukan seperti kebanyakan pasangan remaja lain yang suka bersosial.

Saya sedih kerana selama ini kekasih saya memendam rasa fobia berikutan pernah dicabul oleh kawan ayahnya yang tinggal di sebelah rumahnya ketika kecil dulu. Perkara ini dia rahsiakan daripada pengetahuan ayahnya sampai sekarang.


Apabila meningkat remaja, kekasih saya bercinta dengan A, malangnya lelaki ini menjerumuskannya ke lembah maksiat. Mereka sering melakukan hubungan seks. Hubungan mereka putus selepas empat tahun kerana ayah kekasih saya tidak menyukai A.

Ayah kekasih saya terserempak ketika kekasih saya dan A cuba melarikan diri. Biarpun kekasih saya masih sukakan A, ayahnya mengugut untuk menceraikan ibunya jika kekasih saya tetap mahu menjalin hubungan dengan A.

Selepas peristiwa itu, kekasih saya bercinta pula dengan B, lelaki yang stabil daripada segi kerjaya, memiliki rumah dan kereta. Namun, sekali lagi berlaku peristiwa hitam. Kekasih saya dibawa B pulang ke rumahnya dan ditiduri secara paksa. Akibatnya, hubungan mereka yang baru terjalin tujuh bulan terputus, apatah lagi selepas kekasih saya mendapat tahu B rupa-rupanya sudah bertunang.

Selang beberapa bulan, baru kekasih saya berkenalan ketika saya makan di kedai milik bapanya. Sepanjang tiga bulan bersama, banyak masalahnya yang dikongsi dengan saya dan dia sangat percayakan saya.

Dang Setia, saya seperti juga remaja lain yang ingin bercinta dan dicintai. Saya tidak suka bersosial. Saya memelihara solat saya dan saya juga tidak bergaul bebas dengan perempuan. Selepas tingkatan lima, saya bekerja dan kini hidup berdikari.

Kami merahsiakan hubungan daripada pengetahuan ayah kekasih saya dan kami juga berjumpa secara sembunyi, namun akhirnya dia tahu juga. Saya memberanikan diri bersemuka dengannya untuk memohon maaf serta menerangkan keikhlasan saya, namun dia memperlekehkan saya.

Dia mencaci saya dan pada masa sama memuji B. Katanya, B lelaki sempurna dan paling sesuai untuk anaknya. Biarpun sedih, marah dan geram, saya tidak melawan cakapnya kerana masih ada rasa hormat diri saya terhadapnya sebagai orang tua.

Sejak kejadian itu, kekasih saya tidak dibenarkan bertemu saya dan kami hanya berhubung melalui telefon. Selama empat bulan, kekasih saya menderita dengan sikap keluarga, terutama ayahnya yang langsung tidak bertimbang rasa terhadapnya.

Mungkin kerana tidak tahan, satu hari kekasih saya keluar dari rumahnya senyap-senyap dan datang ke tempat kerja saya. Selepas tamat waktu kerja, hari menjelang malam dan tak tahu hendak ke mana, saya membawanya pulang ke rumah sewa saya.

Akibatnya, saya kecewa dengan diri sendiri kerana pada malam itu kami terlanjur. Selepas kejadian itu saya rasa cukup bersalah dan terfikir untuk kahwin lari, namun tak berani kerana sedar banyak masalah akan timbul di kemudian hari.

Untuk pengetahuan Dang Setia, kekasih saya kurang didikan agama. Dia lemah dan mudah terpengaruh, tapi dia mendengar kata. Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas kelemahannya. Kami sama-sama berjanji untuk mendalami ilmu agama. Ini kerana, kami berasa diri sangat kotor. Kami bukan sekali terlanjur, tapi banyak kali.

Persoalannya, apa patut saya buat sekarang. Masalah utama saya ialah sikap bapanya yang tidak sukakan saya. Keluarga saya tiada masalah kerana mereka merestui pilihan saya. Saya harap sangat pandangan Dang Setia kerana selagi ayahnya bersikap begitu, saya tidak nampak cara bagaimana nak mengahwini kekasih saya.

Seperkara lagi, saya juga nak tanya pendapat Dang Setia, bagaimana dengan amalan saya selama ini? Saya masih menjaga solat, tapi saya juga sudah beberapa kali berzina dengan kekasih saya. Adakah solat saya diterima Allah?



HAMBA HINA

Kuantan, Pahang

Abang ipar gemar tengok video aksi panas

SAYA gadis berusia 20-an dan tinggal dengan kakak saya yang sudah berkeluarga. Saya tinggal bersama kakak kerana tempat kerja saya dekat dengan rumahnya. Masalah saya ialah abang ipar yang suka sangat tengok video aksi panas.

Bila saya ada di rumah pun dia boleh tengok video tu. Dia macam ketagih. Bila balik kerja, terus pasang video tu. Naik takut saya dengan perangainya. Bila dia balik kerja, saya terus masuk bilik. Kakak saya hanya balik kerja pada waktu malam.


Masalahnya, kakak saya akan melahirkan anak tidak lama lagi dan akan bercuti panjang di kampung. Jadi saya terpaksa tinggal dengan abang ipar saja. Saya terfikir nak cari rumah sewa, tapi tak ada kawan untuk tinggal bersama.

Lagipun, gaji saya sikit. Saya ada juga terfikir nak berhenti kerja dan balik ke kampung, tapi setakat ini saya belum ada kerja lain sebagai pengganti. Saya tak mahu menganggur kerana sebelum ini hampir dua tahun saya tak ada kerja.

Mungkin kakak saya tak tahu kegemaran suaminya. Saya tak berani nak beritahu sebab abang ipar sudah pesan jangan beritahu pada sesiapa. Tolonglah saya Dang Setia.



GADIS TAKUT



Dang Setia faham kesukaran yang saudari hadapi iaitu takut perkara buruk berlaku kerana abang ipar bersikap tidak bermoral, serba salah untuk berterus terang demi menjaga hati kakak, nak tinggal di rumah sewa pula, duit tak cukup.

Justeru, dalam menghadapi kebuntuan ini, nasihat Dang Setia kepada saudari ialah yakinlah dengan kenyataan “apabila kita berusaha mencari keredaan Allah, pasti ada cabarannya, namun insya-Allah, kita tidak akan dibiarkan sendirian kerana Allah akan menolong kita.”

Berpegang kepada keyakinan itu, Dang Setia berpendapat saudari perlu ada keberanian untuk bertindak. Ikhlaskan niat dan bulatkan tekad di dalam hati bahawa tindakan yang dilakukan itu semata-mata kerana Allah.

Pada pendapat Dang Setia, tindakan terbaik yang patut saudari lakukan ialah tidak tinggal lagi di rumah kakak saudari. Ini kerana, Dang Setia percaya jika saudari terus tinggal di situ, risiko amat tinggi untuk berlaku sesuatu yang buruk kepada saudari.

Entah kenapa, jauh di sudut hati Dang Setia melihat abang ipar saudari seolah-olah sengaja memperlihatkan sikap buruknya dengan menonton video lucah di depan saudari, mungkin dengan niat menggoda atau merangsang nafsu saudari.

Mungkin benar telahan Dang Setia ini dan mungkin juga tidak. Ini hanya gerak hati Dang Setia. Namun yang pasti, selagi saudari ada di rumah itu, tambahan pula apabila kakak saudari pulang ke kampung untuk melahirkan anak kelak, semakin tinggilah kemungkinan untuk berlakunya kejadian tidak diingini.

Bagi Dang Setia, tidak sesuai saudari menceritakan masalah ini kepada kakak saudari pada masa ini, dalam keadaan dia nak melahirkan anak dan pulang ke kampung. 

Berhenti kerja juga bukan tindakan bijak kerana ia menimbulkan masalah lain kepada saudari. Oleh itu, tindakan terbaik ialah cari tempat tinggal lain, biarpun saudari berdepan masalah kewangan.

Tak terangsang kepada wanita

Soalan:
SAYA berdepan dilema. Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Tetapi saya tidak terangsang dengan wanita yang akan dinikahi. Dulu, saya pernah mempunyai pengalaman dengan lelaki dan selalu melakukan onani ketika zaman remaja. 

Zakar saya cepat lembik jika rangsangan tidak cukup. Apakah saya sebenarnya termasuk dalam kategori Disfungsi Erektil (ED)? Apakah kaedah penyelesaian yang boleh diambil kerana saya tidak mahu menjejaskan perkahwinan saya kelak. 



Ingin Jadi Suami

Jawapan:
JIKA diperhalusi fakta yang dinyatakan, kemungkinan besar anda mengalami masalah psikogenik ED. Masalah ini membabitkan kegagalan ereksi yang berpunca daripada gangguan psikologi. 

Saya berpendapat ini kerana saudara masih muda untuk mendapat organik ED. Organik ED berpunca daripada masalah kencing manis dan darah tinggi. Seperkara lagi, saudara mengakui kurang terangsang dengan wanita yang ingin dikahwini. 

Untuk mengatasi masalah ini, paling utama saudara perlu mempunyai nafsu dan keinginan melakukan hubungan seks dengan wanita yang akan dinikahi..

Sebahagian besar dari proses ereksi zakar memerlukan stimulasi dari otak. Jika nafsu dan keinginan tiada, agak sukar untuk saudara mendapat dan mengekalkan ereksi. Ini penting untuk menjalani persetubuhan yang sempurna serta memuaskan bakal isteri walaupun saudara menggunakan ubat seperti PDE5 inhibitor. 

Aktiviti onani pada zaman remaja tidak akan menyebabkan masalah kegagalan ereksi zakar. 

Saya ingin menasihatkan saudara menjalani sesi kaunseling sebelum mendirikan rumah tangga. Saudara perlu lupakan keinginan bersama lelaki jika ingin mengahwini wanita ini. 

INFO:

  • Perwatakan lembut dalam diri seseorang lelaki tidak berpunca daripada keturunan atau masalah kekurangan hormon testosteron. 

  • Hingga hari ini penyelidik masih tidak mengetahui punca sebenar seseorang lelaki itu berperwatakan lembut. 

  • Ada beberapa kajian menunjukkan ada pengaruh persekitaran ketika seseorang lelaki membesar iaitu bermula ketika alam kanak kanak dan remaja - tetapi teori ini tidak boleh dibuktikan lagi. 

  • Pengambilan pil yang mengandungi hormon testosteron tidak akan menyebabkan seseorang lelaki lembut bertukar sifat menjadi lebih keras. 

  • Malah ia membawa kepada pelbagai kesan sampingan seperti perubahan perasaan (mood swing), pengecilan buah zakar dan risiko mandul. 

  • Kekurangan hormon testosteron dalam badan akan menyebabkan simptom seperti cepat letih, tidak bertenaga, tidak bernafsu dan mati pucuk. Ini bermula apabila seseorang lelaki mencapai umur 40-an ke atas. 

  • Jika ragu-ragu, jumpa doktor dan paras hormon testosterone boleh diukur dengan cara pengambilan darah. 

  • Usah rendah diri atau tertekan dengan perwatakan lembut. 

  • Lelaki lembut mampu berfungsi seperti lelaki normal dari semua segi termasuk dari segi seksual dan juga kebolehan mendapatkan zuriat. 
  • Hubungan kelamin hambar

    SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur dua tahun lebih. Kehidupan agak selesa memandangkan kami bekerja dalam bidang profesional. Selepas kelahiran anak pertama, kehidupan seks kami tidak lagi sehebat dulu kerana isteri tidak berminat melakukan hubungan seks. Seminggu sekali pun susah untuk diajak bersama.


    AHMAD IDHAM
    Kuala Lumpur




    Lelaki dan perempuan dijadikan Tuhan mempunyai fitrah semula jadi yang juga termasuk keinginan nafsu, naluri dan syahwat seksual yang memerlukan tindak balas yang membina dalam hubungan stabil iaitu hubungan perkahwinan.

    Nampaknya daripada keluhan saudara, perkara itu seolah-olah tidak berlaku dan kini anda menderita dalam diam kerana kelakuan isteri yang tidak memainkan peranannya walaupun agama sudah menunjukkan jalan.

    Anda boleh bawakan perkara ini ke tengah, mendapatkan bimbingan bersama isteri di pejabat agama atau buat temujanji di mana mana pejabat LPPKN.

    Jika isteri anda ada masalah kesihatan yang membuatkannya sukar hendak bersama, anda perlu dapatkan bantuan perubatan dan jumpa dengan pakar kesihatan yang berkaitan.

    Kini ada pakar seksologis seperti Klinik Cinta atau Love Clinic yang dikendalikan oleh sekumpulan pakar di Damai Service Hospital di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

    Pendek kata, tiada sebab kenapa pasangan muda seperti anda dan pasangan dalam keadaan tertekan, lebih-lebih lagi anda yang mengalami kesan tekanan akibat kurang hubungan intim. Saya pasti bukan anda saja yang mengalami masalah itu, ramai lagi menanggung penderitaan itu kerana sikap pasangan yang pentingkan diri.

    Bukan lelaki saja yang menanggung penderitaan itu, malah ada juga isteri yang tidak diendahkan suami dalam keperluan seksual mereka.

    Penghidap Hepatitis B perlu suntikan imunisasi

    SOALAN

    SAYA disahkan menghidap Hepatitis B. Sejak itu saya mengelak melakukan hubungan kelamin dengan isteri. Kami bingung memikirkannya.


    Kami belum ada zuriat. Adakah jika kami melakukan hubungan kelamin, virus akan terkena pada isteri dan janin jika isteri saya mengandung?

    HAFIZ
    Putrajaya


    JAWAPAN


    Jika anda ada kuman virus itu dalam darah, kemungkinan anda menjadi pembawa kuman virus itu ada. Jika anda pernah dijangkiti kuman virus itu dan ada daya perlindungan badan kukuh yang dapat menghapuskan kuman virus itu, anda dikira ‘kebal’ atau terlindung daripada menghidap penyakit itu dan tiada kuman virus dalam darah anda, maka anda bukan pembawa kuman virus itu.

    Jadi anda kena pastikan kedudukan anda berhubung jangkitan itu, sama ada anda pembawa kuman virus atau sebaliknya. Jika ya, isteri anda berisiko menghidap penyakit itu kerana ia mudah berjangkit melalui hubungan seksual.

    Saya syorkan anda membawa isteri berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah.

    Jika belum terkena jangkitan virus itu, elok dia diberi suntikan pencegahan untuk mengelak terkena jangkitan melalui anda. Apabila daya dan kekuatan perlindungan badannya kukuh, tiada kemungkinan dia mendapat jangkitan itu daripada anda.

    Sementara waktu ketika dia mendapat suntikan imunisasi itu, anda disyor menggunakan kondom ketika hendak bersamanya. Dia perlu mendapatkan tiga suntikan imunisasi seperti berikut:

    Mula dengan suntikan pertama dan sebulan kemudian dapatkan suntikan kedua dan enam bulan kemudian dari suntikan pertama, suntikan ketiga. Ini sudah mencukupi untuk dapat perlindungan.

    Mungkin selepas enam tahun dia boleh dapatkan dos ‘booster’ untuk menggalakkan peningkatan ‘antibodi’ atau daya kekuatan dan perlindungan daripada kuman virus Hepatitis B.

    Apabila sudah dapat perlindungan, tiada masalah untuk dia hamil dan melahirkan anak sihat. Jika dia terdedah dengan jangkitan itu tanpa perlindungan imunisasi, sudah tentu dia membawa kuman itu dari anda dan anak dalam kandungan berisiko menghidap jangkitan itu.

    Jadi imunisasi Hepatitis B mustahak untuk diberi padanya jika dia belum terdedah kepada jangkitan itu.

    Tiba-tiba layu

    SOALAN

    SAYA berumur 26 tahun dan baru mendirikan rumah tangga. Saya menghadapi masalah ketika ingin melakukan hubungan kelamin bersama isteri. Ketika bercumbu-cumbu zakar masih menegang, tetapi apabila bersedia untuk masuk ke lubang faraj, ia tiba-tiba layu dan tidak lagi tegang. Saya tidak pasti masalahnya.


    IZZUDIN
    Terengganu


    JAWAPAN


    Dalam keadaan biasa, apabila ereksi berlaku, darah masuk ke dalam liang otot zakar dan membuatkan ia mengembang dan padat. Di samping itu, pembuluh darah ven mencengkam dan darah dalam otot zakar terkunci dalam liang otot, membuatkan zakar tegang dan sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj.

    Jarang kemasukan darah dalam liang otot zakar terganggu iaitu darah tidak masuk dengan banyak kerana saluran darah mula mencerut akibat tindak balas ‘adrenalin’ yang biasa keluar ketika lelaki mengalami perasaan teruja atau gementar.

    Apabila ini berlaku, darah dalam otot zakar kurang dan zakar tidak padat dan darah dalam liang otot tidak ‘terperangkap’ dalam otot, tidak kekal dalam otot untuk memberi ketegangan yang padat, sebaliknya darah keluar dari liang otot zakar dan dalam sekelip mata ereksi menjadi kendur sebelum sempat disalurkan ke dalam faraj.

    Kadangkala pergerakan badan, kemutan dan debaran membantutkan proses ereksi dan ereksi tidak berlaku atau jika berlaku, ia akan kendur. Keadaan ini dikenali sebagai ‘pelvic steal reflex’. Ada juga situasi darah dalam otot tidak kekal.

    Ia keluar dari otot melalui pembuluh darah ven sedikit demi sedikit dan ini membuat ereksi yang satu ketika padat, menjadi kurang padat dan gagal lakukan penembusan.

    Situasi ini dikenali sebagai ‘venous leak’ atau keciciran darah daripada otot zakar. Daripada situasi yang saya huraikan tadi, cara mengekalkan ereksi supaya tidak kendur ialah jangan resah atau gelisah ketika hendak bersama isteri.

    Tumpukan kepada perasaan ghairah dan lakukan penembusan apabila ereksi padat. Jangan tunggu lama dan kawal gerakan badan sambil mengekalkan ereksi cara mengemut. Untuk masalah darah tercicir dari liang otot, saya syor guna cincin penambat pangkal zakar daripada getah asli.

    Jika anda nak ereksi dalam keadaan mantap dan sentiasa bersedia, guna krim perapi zakar yang ada dalam pasaran. Sapukan sedikit krim pada penghujung zakar dan lakukan urutan lembut supaya krim itu serap ke dalam kulit. Lakukannya setiap pagi selepas mandi. Jika masalah itu masih ada, elok jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

    Hubungan intim ketika hamil

    “APA kesan melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang hamil? Apakah risikonya pada kandungan dan kesihatan ibu mengandung? Adakah suami perlu ‘berpuasa’ sehingga selepas tempoh pantang bersalin?”

    Itu persoalan yang sering ditimbulkan oleh suami yang berdepan kehamilan pertama isteri. Saya pasti kehamilan isteri sesuatu yang anda nanti-nantikan, lebih-lebih lagi jika ia dirancang. Tidak hairan jika anda bertanya pelbagai soalan seks ketika isteri hamil.


    Anda perlu tahu, tiada sebab kenapa tidak boleh berintiman jika kehamilan berjalan lancar dari awal atau bagi kes isteri ada tanda awal hendak gugur, kesihatannya kembali normal.

    Tiada sebab kenapa hubungan intim tidak boleh diteruskan ketika isteri hamil memandangkan kehamilan itu semula jadi dan bukan masalah atau dinasihatkan doktor supaya berjaga-jaga dan tidak melakukan aktiviti fizikal.

    Ada pasangan sengaja tidak melakukan hubungan kelamin kerana takut kononnya gerakan anggota sulit suami dalam faraj boleh mengganggu janin.

    Sebenarnya kedudukan janin dalam rahim dan posisi rahim tidak sehala dengan faraj. Jadi kemungkinan ereksi suami mengganggu rahim tidak timbul.

    Hanya ada kemungkinan cengkaman boleh berlaku kepada rahim ketika isteri klimaks, dan inipun pada awal kehamilan. Jika isteri tidak klimaks, keadaan ini tidak berlaku.

    Jarang berlaku pendarahan pada peringkat awal hamil. Jika ada tanda tompok coklat keluar selepas beberapa hari lewat haid dan kebetulan wanita itu hamil, tanda itu dikenali sebagai pelekatan janin.

    Jika pendarahan ringan berlaku pada bila-bila masa dalam awal tiga bulan hamil, wanita itu perlu segera berjumpa doktor dan mengelak daripada bersetubuh.

    Jika kehamilan masih aktif, doktor akan beri ubat sewajarnya untuk mengukuhkan kedudukan janin dan jika kehamilan berjalan lancar, hubungan kelamin boleh dilakukan tanpa was-was.

    Jarang pendarahan berlaku kembali selepas kehamilan masuk bulan keempat. Jika berlaku, hubungan kelamin perlu dihentikan sehingga kedudukan kehamilan menjadi stabil dan tiada kesan pendarahan. Selepas dua atau tiga minggu, baru hubungan intim boleh dilakukan dengan izin doktor.

    Hubungan seksual penetratif boleh dilakukan jika pasangan ingin melakukannya. Posisi ikut keselesaan isteri dan penetrasi boleh dilakukan tanpa menggunakan kekerasan. Posisi sesuai ialah isteri mengiring dan suami mengiring di belakangnya serta memasukkan ereksi dari belakang.

    Melalui cara ini kemasukan ereksi suami hanya sedikit dan di antara bibir besar dan kecil. Sentuhan didapati mencukupi untuk suami mencapai klimaks. Selain posisi ini, ada beberapa posisi yang sesuai dan ini juga mengikut keselesaan isteri.

    Tiada sebab kenapa persetubuhan perlu dihentikan beberapa minggu sebelum isteri bersalin. Ada keadaan yang mana proses kelahiran boleh tercetus ketika suami dan isteri rancak melakukan persetubuhan. Ini jarang berlaku dan bukan satu risiko.

    Jika isteri terasa hendak melahirkan bayi dengan tanda pengeluaran lendir dan darah (pengeluaran petanda awal proses kelahiran), dia perlu dikejarkan ke hospital. Ada kalanya kelahiran tidak berlaku dan isteri perlu balik rumah kerana belum cukup waktu lagi.

    Apabila sampai ke peringkat menunggu kelahiran bayi, mungkin pasangan tidak lagi terasa hendak bersetubuh, malah tidak mahu tunggu lagi untuk menimang cahaya mata, dan mungkin ketika itu hubungan intim lebih seronok tanpa penetratif.

    Jika hubungan penetratif tidak dapat dilakukan kerana isteri tidak selesa, ada cara alternatif seperti sentuhan ereksi suami antara payu dara isteri atau melalui urutan erotik yang dilakukan isteri atau melalui seks oral.

    Jarang cengkaman rahim berlaku akibat tertelan air mani suami (ini kerana ada prostaglandin, hormon yang boleh mencetuskan cengkaman otot rahim dalam air mani) dan jika ini berlaku, elok elak tertelan air mani suami.

    Jika kedua-dua pasangan memutuskan untuk tidak melakukan hubungan seks penetratif, itu tidak mengapa, yang mustahak mereka mesra dan ceria selalu kerana ini akan memantapkan hubungan silaturahim antara bakal ayah dan ibu.

    Punca kurang sperma

    TIDAK ada satu masa pun dalam riwayat hidup lelaki bilangan spermanya ada pada paras tinggi. Kadangkala bilangan sperma rendah dan adakalanya langsung tiada sperma.

    Bagaimanapun, mustahak untuk lelaki itu menjalani ujian air mani beberapa kali dalam masa sebulan jika mahu mengetahui kedudukan sebenar profil spermanya.


    Proses penghasilan sperma dalam kawalan hormon kesuburan Hormon Folikel rangsangan (FSH — Follicle Stimulating Hormone) dan tahap kesihatan. Gaya hidup juga mempengaruhi penghasilan sperma.

    Lelaki yang merokok, minum minuman keras, terdedah kepada cuaca atau suhu panas dan bahan kimia akan mendapati bilangan sperma mereka kurang. Selain itu kualitinya juga merosot.

    Pakaian dalam yang ketat dan padat juga mempengaruhi bilangan sperma. Jika kedudukan buah zakar ke bawah, menampungnya ke atas akan memberi tekanan kepada pemerosesan sperma dan bilangan sperma akan berkurangan.

    Justeru, lelaki itu perlu pakai pakaian dalam yang longgar atau tidak memakai seluar dalam langsung jika dia memakai seluar ketat!

    Sesetengah ubat juga memberi kesan kepada penghasilan sperma. Ubat antibiotik mengandungi sulfur, ubat nyah kulat seperti ‘ketoconazole’, ubat gastrik seperti Tagamet juga mengakibatkan sperma kurang.

    Apabila ubat dihentikan atau tukar kepada ubat lain, bilangan sperma akan pulih kembali.

    Pemeriksaan kesuburan lelaki, termasuk pemeriksaan buah zakar dan jika ujian air mani menunjukkan profil sperma yang tidak normal, ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan FSH perlu dilakukan. Jika FSH rendah, ubat penyubur boleh diberi sekurang-kurangnya tiga bulan dan ujian air mani disusuli dengan ujian FSH.

    Jika ada peningkatan, kemungkinan isteri mengandung. Jika semua normal dan isteri tidak juga hamil, pemeriksaan lanjut kepada isteri perlu dilakukan. Selain ubat khusus, ubat alternatif dalam bentuk herba diberi jika ubat khas itu tidak memberi kesan positif.

    Tribestan dari herba Tribulus atau Ekstrak larut dalam air akar Tongkat Ali juga didapati berkesan menambah bilangan sperma. Bagaimanapun, lebih baik berjumpa doktor yang mahir dalam pengendalian masalah kesuburan lelaki daripada mencuba ubat yang bukan-bukan.

    Pengantin risau kemaluan bengkak

    SAYA baru melangsungkan perkahwinan dan berdepan masalah iaitu kemaluan membengkak secara tiba-tiba. Ia tidak sakit, malah saya tiada masalah untuk membuang air kecil. Namun saya agak risau dengan perkara itu.


    HAKIM
    Kuala Lumpur




    Pasangan yang baru berkahwin kerap melakukan hubungan seksual. Dalam keadaan teruja, anggota kelamin anda mengembang dan membesar sambil mengeras.

    Ia adalah kesan kemasukan darah dalam jumlah banyak ke dalam liang otot zakar dan tisu lembut.

    Jarang berlaku situasi anggota kelamin yang kerap digunakan untuk bersetubuh membengkak atau mengembang secara tiba-tiba.

    Ia terjadi kerana tisu lembut zakar iaitu bahagian penghujung zakar mengalami keradangan secara tiba-tiba dan tisu itu mengembang apabila cecair dalam sel mula mencurah di luar sel.

    Keadaan itu akan reda dalam tempoh singkat tanpa perlu berbuat apa-apa. Bagaimanapun, jika bahagian yang membengkak itu dituam dengan air sejuk atau ais, kebengkakan berkenaan akan surut dengan cepat.

    Kebiasaannya, kebengkakan berlaku pada sebelah pagi selepas pasangan melakukan hubungan seksual pada malamnya.

    Bagaimanapun, jika kebengkakan itu sering berlaku walaupun hubungan seksual tidak begitu kerap, anda mungkin berdepan masalah lain.

    Jika ia berlaku, saya nasihatkan anda bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana ia mungkin akibat alahan kepada sesuatu.

    Isteri mengadu tidak puas

    SAYA berumur 40 tahun dan berkahwin 17 tahun. Masalah saya ialah isteri mengadu tidak puas dalam hubungan kelamin kerana sering gagal merasai pancutan air mani dalam rahim.

    Bagaimanapun, isteri mencapai klimaks setiap kali melakukan hubungan kelamin, cuma dia tidak puas hati dengan pancutan air mani yang tidak terasa.


    Bagaimanakah cara untuk mendapatkan semula pancutan hebat itu.



    HISHAM
    Kulai, Johor




    Faraj wanita berkemampuan menghayati sensasi getaran, tekanan atau kekembangan dan sensasi sentuhan. Jika wanita itu biasa mendapat sensasi berkenaan, pasti dia terasa kekurangan kerana kurang menikmati sensasi kegemarannya walaupun hubungan kelamin itu dinamik serta lancar.

    Jika pancutan air mani tidak dinamik, ia meleleh atau keluar tanpa tenaga dan jika faraj wanita longgar atau kurang langsing, perasaan kekembangan yang biasa dihayatinya tidak berlaku.

    Bagi mendapatkan semula sensasi itu, wanita perlu menguatkan kemutan untuk mencengkam zakar pasangan dan pasangan pula perlu gerakkan ereksi dengan mengemut (cengkam otot lubang najis dan lubang kencing) sebelum berdayung dalam keadaan kemut dengan zakar kekal dalam faraj.

    Ia bagi memastikan cengkaman faraj kepada zakar padat, seterusnya apabila lelaki itu klimaks, pancutan yang berlaku pasti keluar secara dinamik dan selanjutnya memberi perasaan pancutan, iaitu sensasi kekembangan kepada wanita.

    Dinasihatkan anda dan pasangan amalkan senaman kemut atau Kegel supaya otot kemut kukuh, seterusnya menjamin hubungan seksual lebih menyelerakan.

    Mengecut, kecil

    PENGAMBILAN makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.

    Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi steroid tanpa mendapat nasihat doktor.


    Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.

    Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi bahan berkenaan.

    Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.

    Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan kesihatan biasa dalam produk bina badan.

    Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula mengecil selain kurang mantap.

    Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu kelancaran hubungan seksual.

    Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.

    Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur tubuh ketika senaman lasak dilakukan.

    Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal.

    Pasangan kerap beronani

    SAYA dan isteri kerap melakukan hubungan intim dan onani. Baru-baru ini ketika beronani dengan isteri, saya dapati ada darah di dalam air mani saya. Minta doktor jelaskan masalah berkenaan.


    DIN
    Johor Bahru, Johor




    Anda dan pasangan mempunyai amalan selain perilaku seksual biasa. Bagaimanapun, mungkin ketika melakukan onani, ia dibuat dengan kasar, menyebabkan salur kencing yang radang itu tercedera ketika ejakulasi berlaku dan tidak hairan jika ada darah dalam air mani.

    Jika anda tidak merasa sakit ketika membuang air kecil atau tiada kelihatan darah dalam air kencing, kemungkinan pendarahan yang berlaku bukan dalam sistem urinari (buah pinggang, salur ureter, pundi kencing dan salur kencing), ia mungkin dari sistem reproduktif dalaman lelaki iaitu pundi prostat dan pundi seminal.

    Keradangan kronik pundi prostat boleh menyebabkan salur kecil dalaman pada pundi prostat radang dan mudah tercedera. Akibatnya, berlaku pendarahan apabila tercetus ejakulasi.

    Pundi prostat menghasilkan 70 peratus isian air mani. Apabila keradangan reda dan pulih, pendarahan tidak berlaku lagi. Lama-kelamaan air mani menjadi lebih cerah dan tiada bekas pendarahan. Jika keradangan itu akibat jangkitan, dapatkan rawatan sewajarnya daripada doktor.

    Jadi, penting untuk anda berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan seperti ujian air mani untuk mengesan darah, ujian kencing untuk tujuan itu juga dan jika perlu ujian imbasan pundi prostat.

    Kesan retakan di hujung kulit

    SAYA ada masalah kemaluan kerap cedera ketika melakukan hubungan kelamin. Cedera yang saya maksudkan adalah, pada hujung kulit kemaluan ada retakan yang menyebabkan kulit dan kepala kemaluan terasa pedih ketika ada kesan geseran.

    Saya bukan Islam berusia 28 tahun dan beranggapan ia mungkin disebabkan oleh kulit kemaluan yang tidak dipotong. Mungkin kemutan kulit pada kepala kemaluan mendatangkan kecederaan itu.


    Adakah ubat tertentu yang boleh merawat kecederaan ini? Di samping itu, saya mungkin melakukan pemotongan kulit kemaluan di waktu terdekat. Adakah pada usia ini ia akan menyebabkan masalah lain dan berapa lama pula luka daripada pemotongan yang ingin saya buat boleh sembuh?



    KUMAR
    Klang, Selangor




    Segelintir lelaki tidak berkhatan mempunyai kulup sempit, tetapi kepala zakar mampu keluar ketika erek serta bersama dengan pasangan.

    Kulit kemaluan pula kerap cedera disebabkan kesan keluar masuk kepala zakar ketika erek. Kesan daripada ereksi juga menyebabkannya menebal, radang, mengeras, merekah, luka dan berdarah apabila kepala zakar keluar daripada pembukaan kulop atau penghujung kulit akibat tekanan berkenaan.

    Sudah tentu keadaan itu menyebabkan anda mungkin mengalami kesakitan setiap kali bersama pasangan. Cara terbaik mengelak perkara itu ialah menjalani prosedur ‘circumcision’ atau berkhatan.

    Berkhatan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Jika anda tidak berbuat apa-apa dan membiarkannya begitu saja, ada kemungkinan satu hari nanti bahagian kulup itu semakin menebal dan membengkak seterusnya menyukarkan hujung zakar keluar ketika erek.

    Ia juga boleh menyebabkan bahagian hujung zakar mengembang dan mengeras, seterusnya mengakibatkan kesakitan kerana kemaluan tercerut oleh kulit kulup yang padat serta mengeras.

    Lebih teruk lagi apabila kulit yang luka serta hujung zakar radang terdedah kepada jangkitan. Jangan biarkan ia berterusan dalam situasi berkenaan. Cepat jumpa doktor untuk menjalani berkhatan.

    Jantung berdebar

    MASALAH jantung berdebar tidak tentu masa, termasuk ketika melakukan hubungan kelamin, bukan perkara baru. Apabila berlaku, ia mampu mengganggu kelancaran proses berkenaan.

    Akibatnya, individu berkaitan mengalami kegagalan untuk mengekalkan ereksi, seterusnya tidak mencapai kepuasan diharapkan dalam hubungan kelamin.


    Simptom jantung berdebar adalah satu daripada tanda masalah jantung, tetapi untuk mendapatkan kepastian, individu yang mengalaminya perlu bertemu doktor.

    Kebiasaannya, doktor akan mendengar degupan jantung selain memeriksa nadi sebagai asas utama mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan masalah dihidapi.

    Jika denyutan nadi kurang daripada degupan jantung, ia petanda degupan jantung individu itu ketara.

    Keadaan itu dikenali sebagai ‘tachycardia’ atau debaran jantung yang melebihi biasa dan jika ia berlaku sekali-sekala, masalah berkenaan dikenali sebagai ‘paroxismal tachycardia’.

    Bagaimanapun, jika degupan jantung itu keterlaluan, bahagian berkenaan tidak dapat menerima pancaran gelombang selain arahan cengkaman dengan tepat.

    Akibatnya, darah tidak dapat dihantar ke lokasi sasaran. Risikonya pula, individu berkaitan boleh pengsan.

    Masalah pancaran gelombang yang membuatkan jantung berdebar dapat dikesan melalui pengambilan ECG serta rawatan susulan daripada doktor.

    Selain itu, masalah peningkatan hormon tiroid dari kelenjar tiroid yang terletak di depan leher juga boleh mengakibatkan jantung berdebar.

    Ia akibat cengkaman bahagian atria jantung dan ini juga dapat dikesan melalui ECG. Jika individu berkenaan was-was berkaitan rawatan yang diberikan, mereka boleh bertemu pakar perubatan.

    Debaran jantung juga boleh berlaku disebabkan perasaan resah dan gelisah. Apabila ia berlaku, individu berkenaan boleh mengalami kegagalan mengekalkan ereksi ketika bersama pasangan. Apabila perasaan resah gelisah itu dapat dikawal, fungsi syahwat akan kembali normal.

    Bentuk tubuh jejas kepuasan

    SOALAN

    SAYA berkahwin hampir tiga tahun dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun. Saya memilih isteri saya sebagai teman hidup atas dasar mengisi hati yang kosong selepas putus cinta dengan teman wanita.


    Masalahnya ialah, saya tidak mendapat kepuasan seks yang sebenar walaupun zakar saya berfungsi dengan baik dan air mani terpancut selepas melakukan seks dengan isteri.

    Ini mungkin kerana bentuk tubuh isteri saya tidak cantik. Jadi kami melakukan seks dalam gelap dan tidak pernah sekali pun dalam terang.

    Sampai sekarang saya ibarat orang bujang yang berharap akan melakukan seks dengan wanita cantik dengan kulit putih gebu. Oleh kerana tidak tahan, saya sering menonton filem lucah dan melakukan onani.

    Patutkah saya tinggalkan isteri dan anak saya dan berkahwin lain atau mencari teman wanita (skandal) untuk selesaikan masalah saya? Buat pengetahuan doktor, saya mempunyai wajah tampan.

    SUAMI GERSANG
    Kuala Lumpur


    JAWAPAN


    Mengikut pandangan Islam, perkahwinan itu menyempurnakan separuh agama manakala hubungan seksual suami isteri pula satu ibadat. Mempergunakan isteri untuk kepuasan kendiri dan mempersiakan pasangan adalah zalim.

    Jadi kehidupan anda bukan saja ‘ibarat orang bujang yang bergelumang dengan maksiat’, malah lebih buruk daripada itu. Jangan fikir rupa dan personaliti tampan sudah mencukupi kalau sikap tidak memenuhi sifat kemanusiaan.

    Sedarlah yang anda adalah bapa kepada seorang anak dan bukan seorang yang tidak bertanggungjawab. Sedarlah anda sudah bernikah dengan perempuan pilihan anda dan anda bertanggungjawab menjaganya, bukan menganiaya selain mempersiakan hidupnya.

    Ubahlah sikap buruk itu. Jadi seorang suami yang mesra dengan isteri dan anak, jaga dan kekalkan keharmonian rumah tangga dengan tidak berfoya-foya bersama wanita bukan muhrim.

    Jauhkan diri daripada amalan sia-sia saperti menonton filem lucah dan beronani. Ia bukan cara yang baik untuk mengatasi masalah anda.

    Anda yang buat angkara ni dan bukan isteri anda. Jangan cari jalan singkat dengan menceraikan isteri untuk berkahwin lain kerana ia tidak memulihkan keadaan.

    Dapatkan bantuan untuk memulihkan sikap buruk anda melalui bimbingan di pejabat agama. Jadilah lelaki sejati dan bukan lelaki petualang. Jalan untuk kebaikan sentiasa terbuka, yang penting ialah anda sedar. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!

    Kahwin empat tahun masih tiada zuriat

    SOALAN

    SAYA berkahwin lebih empat tahun tetapi belum mendapat zuriat. Saya melakukan pelbagai cara, namun semuanya tidak menunjukkan perubahan.


    Pada tahun pertama perkahwinan, saya mendapatkan rawatan daripada pakar ‘obstetrician and gynaecologist’ di sebuah hospital swasta di Melaka.

    Beberapa ujian dijalankan dan hasilnya, telur daripada isteri saya ada tetapi tidak banyak dan diberi ubat kesuburan untuk mengeluarkan telur.

    Pemeriksaan air mani saya adalah normal. Oleh kerana kosnya tinggi bagi setiap rawatan, saya meninggalkan rawatan ini selepas beberapa kali (tiga kali setiap bulan) rawatan yang dilalui tidak menunjukkan hasil.

    Kemudian saya mencuba di klinik sakit puan pula dan doktor memberi ubat subur serta vitamin. Ia berterusan kira-kira tujuh bulan, tetapi tetap tiada hasil.

    Kemudian saya mendapatkan rawatan kampung dengan mengurut tetapi tetap sama. Saya kemudian ke Hospital Melaka. Hasilnya juga sama.

    Doktor memberi cadangan untuk melakukan suntikan sperma kedalam telur (IUI) tetapi peratus untuk hamil sekitar 20-30 peratus saja. Saya tidak melakukan kaedah ini.

    Akhir sekali doktor meminta kami berdoa dan bersabar kerana berdasarkan pemeriksaan, kami berdua normal dan mungkin belum ada rezeki lagi. Minta doktor beri pendapat dalam hal ini.

    RAZAIDI MAHAT
    Melaka


    JAWAPAN


    Alhamdulillah, anda dan isteri sudah menjalani pemeriksaan kesuburan yang komprehensif. Nampaknya anda dan pasangan tiada masalah nyata. Masalah kesuburan anda berdua dikenali sebagai ‘Idiopathic Infertility’.

    Secara ringkas, ia bermaksud masalah kesuburan yang tidak dapat dikenal-pasti. Jadi tidak hairan apabila doktor menjelaskan, yang dapat membantu anda berdua hanya Allah SWT.

    Namun, mendiamkan diri dan mengangkat tangan untuk berdoa saja bukan caranya. Anda perlu teruskan kerap bersama dengan pasangan pada waktu suburnya dan pastikan tiada air mani melimpah keluar.

    Selesai melakukan hubungan seks, isteri diminta supaya jangan rapatkan paha, meluruskan kaki atau mengemut. Jika air mani keluar dengan banyak, mungkin bersetubuh dari belakang dengan posisi isteri menyujud dapat membantu mengurangkan limpahan air mani.

    Selain itu, mungkin anda berdua perlu pergi bercuti untuk berseronok. Mana tahu dengan cara ini dan tanpa tekanan, isteri boleh hamil.

    Sementara waktu anda mencuba sendiri dan berdoa, anda boleh mengumpul wang dan jika ia mencukupi, cuba kaedah lebih canggih iaitu bayi tabung uji.

    Kini ada banyak pusat rawatan kesuburan yang berwibawa dan memberi khidmat berkenaan. Anda boleh mencarinya di laman web Internet untuk mendapatkan maklumat serta kos diperlukan.

    Anda boleh buat temujanji untuk bimbingan dan jika anda berdua bersedia, teruskan. Ini lebih baik daripada membazirkan wang menjalani rawatan bukan-bukan.

    Apabila pemeriksaan asas dan spesifik menunjukkan anda berdua normal, teruskan dengan kaedah canggih. Lakukan ketika umur masih muda kerana umur mempengaruhi tahap kesuburan kedua-dua pasangan. Itu cadangan saya.

    Risau urut

    SOALAN

    SAYA mendapati suami sering mengurut batang zakarnya. Menurutnya, dengan mengurut urat di situ, pengaliran darah lebih lancar.


    Adakah mengurut batang zakar mampu melancarkan pengaliran darah dan apakah ada kesan untuk jangkamasa pendek atau panjang.

    RUBI

    Terengganu


    JAWAPAN


    Mengurut secara membelai zakar harus dilakukan untuk memantapkan lagi tindak balasnya kepada stimulasi memandangkan ia sensitif kepada sentuhan.

    Mengurut zakar tidak melancarkan darah dalam zakar seperti yang berlaku kepada otot badan kerana zakar bukan otot tetapi organ vaskular.

    Mengurut secara keras dan kasar boleh mencederakan tisu lembut zakar.

    Saya tidak syorkan zakar diurut sesiapa selain pasangan atau yang empunya diri kerana jika dilakukan pasangan atau diri sendiri, urutan dilakukan sekadar untuk keseronokan atau menghayati perasaan erotik.

    Lebih baik lakukan belaian bersama pasangan daripada syok sendiri kerana itu dapat membina silaturahim antara pasangan.

    Patah, bengkak

    ‘FRACTURE’ atau patah boleh berlaku pada zakar dan ada lelaki yang gagal mendapat ereksi penuh akibat kecederaan berkenaan.

    Ada juga lelaki yang berdepan situasi kepala zakar menjadi lembik berbanding pangkalnya akibat kecederaan terbabit.


    Ia berlaku kerana kecederaan di bahagian tisu lembut zakar tetapi ia tidak boleh dibiarkan kerana bimbang perkara tidak diingini berkaitan kesihatan lelaki.

    Istilah fracture memang tepat jika zakar yang patah itu benar-benar keras seperti kayu, lebih-lebih lagi jika kepatahan itu lebih ke bahagian pangkal.

    Jika ia berlaku berhampiran penghujung zakar selain ketika itu zakar berkenaan tidak begitu keras, kecederaan tidak ketara.

    Apabila zakar bengkak, cara melegakan keradangan itu ialah mendemahnya dengan ais (seperti pek ais).

    Jika bengkak itu ketara, lebih baik berjumpa doktor dan pesakit akan diperiksa untuk memastikan sama ada salur darah tercedera atau wujud darah beku di dalam otot zakar.

    Jika rasa sakit berkurangan tetapi hujung zakar masih kelihatan kecut, ia menandakan otot hujung zakar tidak kembang. Mungkin keadaan akan berubah apabila radang di bahagian itu reda.

    Jika pesakit membiarkan masalah yang dialami tanpa rawatan atau ubat-ubatan, kemungkinan bahagian yang patah atau cedera itu mampu mengeras dan jika kekerasan ketara, zakar boleh bengkok apabila erek.

    Keadaan berkenaan dikenali sebagai ‘Peyronie Disease’. Saya syorkan mereka yang mengalami masalah ini segera berjumpa pakar bedah atau urologis untuk menjalani pemeriksaan.

    Jika perlu, doktor akan melakukan ujian ultrasound untuk mengesan jika salur darah turut tercedera. Hasil pemeriksaan itu, baru boleh diketahui jenis rawatan susulan yang diperlukan.

    Sapu minyak zaitun

    Adakah amalan menyapu minyak zaitun pada zakar sebelum bersetubuh dengan isteri memberi kesan sampingan kepada alat sulit kedua-dua pasangan. 


    NASA, Kuala Lumpur. 



    Minyak Zaitun memang baik untuk kulit kerana ia mengandungi mineral dan zat ‘essential fattyacids’ yang baik untuk kulit.

    Minyak hanya melekat kepada kulit dan sukar untuk menyerap, jadi ia hanya akan kekal sebagai lapisan bahan yang licin kepada kulit dan jika ia digunakan untuk tujuan bersetubuh, sudah tentu gerakan zakar dalam faraj mudah dan selesa.

    Bagaimanapun, ia tetap meninggalkan bekas minyak dan bau walaupun sudah dibasuh atau dicuci dengan sabun.

    Memandangkan faraj wanita mengandungi bakteria pelindung yang mengekalkan keasidan dalam faraj, keadaan ini boleh terganggu apabila wanita itu mencuci faraj untuk membersihkan minyak.

    Jika wanita itu mengunakan pelicin yang berasaskan air, keadaan berbeza iaitu tidak perlu mencuci kerana ia mesra mukosa faraj. Saya syorkan anda gunakan pelicin daripada jeli dan kini ada banyak jenama yang sihat dalam pasaran.

    Keluar cecair nanah selepas bersetubuh

    Baru-baru ini, saya bersetubuh dengan teman wanita. Sebelum ini saya memang tidak ada teman wanita. Seminggu kemudian, alat sulit saya di bahagian lubang bawah terasa gatal sehingga semalaman. 

    Ketika mandi, saya picit kepala alat sulit saya dan keluar sejenis cecair berupa nanah. Adakah saya dijangkiti penyakit kelamin. Apa yang harus saya lakukan sekarang.




    INGIN TAHU,
    Kuala Lumpur




    Hubungan seks rambang dan tanpa perlindungan iaitu tanpa mengunakan kondom amat berbahaya kerana individu itu mendedahkan dirinya kepada penyakit kelamin.

    Malangnya sebahagian besar daripada hubungan seks rambang berlaku tanpa dirancang dan mereka yang melakukannya tidak terfikir boleh terkena jangkitan penyakit kelamin kerana yakin ia tidak akan berlaku kepada mereka.

    Oleh itu, elemen ‘denial’ ini menyebabkan ramai individu seperti anda yang tidak pernah melakukan seks menghidap penyakit kelamin tanpa diduga walaupun baru melakukannya sekali.

    Daripada penjelasan yang anda beri itu jelas anda menghidap penyakit kelamin. Kemungkinan jangkitan berlaku melalui salur kencing anda di mana kuman dan virus tertentu gemar membiak di sana.

    Malangnya jangkitan begini jarang memberi apa-apa tanda jangkitan kepada perempuan kerana kuman atau virus itu boleh menginap di dalam faraj dan memandangkan faraj sentiasa lembap memang sukar untuk wanita itu tahu jika ‘keputihan’ yang dialaminya semula jadi atau sebaliknya.

    Saya syorkan anda berjumpa doktor secepat mungkin dan jalani pemeriksaan untuk mendapatkan rawatan.

    Jika anda merawat secara bersendirian seperti mendapatkan ubat dari farmasi tanpa melalui pemeriksaan kemungkinan jangkitan ini boleh menular secara diam seterusnya mengancam kesuburan apabila salur sperma terkandas atau kilang sperma rosak akibat jangkitan.

    Pastikan anda jauhkan diri daripada seks rambang. Malang tak berbau, menggunakan kondom pun tiada jaminan jika kondom terlucut, pecah atau kebetulan bocor

    Isteri kerap rasa terkencing

    Saya berusia 28 tahun dan baru sembilan bulan berkahwin. Masalah saya setiap kali bersama melakukan hubungan intim dengan isteri, dia kerap nak terkencing. 

    Ia menyebabkan saya terasa hambar untuk terus bersama mengadakan hubungan intim dengannya. Isteri hanya mampu bertahan dalam tempoh singkat 5-10 minit sahaja menyebabkan saya terpaksa memuaskan diri sendiri dengan beronani.


    Apakah punca perkara itu doktor. Saya sudah melakukan pelbagai teknik melakukan hubungan seks tetapi isteri tetap hendak terkencing. 

    Adakah kerana zakar saya bersaiz agak besar manakala isteri pula bertubuh kecil. Apa harus saya buat doktor. 



    SUAMI KECEWA



    Jarang perempuan terasa hendak kencing atau mengalami perasaan untuk kencing ketika bersetubuh dengan pasangan sehingga mereka terpaksa melepaskan diri bagi melakukannya walaupun hubungan intim itu belum selesai.

    Ini boleh berlaku apabila ketika sedang bersetubuh, geselan ereksi suami amat ketara mengesel pembukaan lubang kencing sehingga membuatkannya radang, maka terasa macam hendak kencing (jika kencing juga, sedikit kencing saja yang keluar atau tiada apa apa yang keluar).

    Ia juga berlaku kerana perasaan hendak kencing itu sebenarnya permulaan perasaan hendak kemuncak atau mencapai klimaks dan ‘ejakulasi’.

    Jika perasaan berkenaan diteruskan, iaitu perempuan itu terus ‘kencing’ ketika sedang bersetubuh, dia akan dapati cecair atau air yang keluar itu bukan air kencing (walau pun ada sedikit bau seperti air kencing) tetapi cecair dari pundi ‘para urethral’ yang terbuka dalam salur kencing perempuan.

    Wanita yang tidak tahu mengenai fenomena ‘ejakulasi perempuan’ ini tidak akan mencapai ejakulasi jika dia menahan perasaan hendak kencing itu. Sekurang-kurangnya, cubakan ‘kencing’. 

    Saya cadangkan ketika anda berdayung dalam faraj, jangan keluarkan ereksi dan jangan menusuk kerana ini akan memberi tekanan kepada lubang kencing yang terletak bawah tundun tetapi kekalkan ereksi dalam faraj selain fokuskan gerakan ereksi dalam faraj dengan tidak menekan pundi kencing.

    Lakukan gerakan secara sederhana dan tidak rancak kerana geselan yang bertalu-talu itu boleh membuatkan bahagian tu radang! 

    Gunakan pelicin jika jalanan kurang lembap dan cadangkan isteri melegakan corong faraj (longgarkan kemutan) ketika dayungan zakar berlaku.

    Cuba posisi lain saperti isteri di atas dan dengan cara ini, dia yang mengawal pergerakan zakar dalam faraj.

    Berkaitan saiz zakar, bayangkan yang faraj perempuan berkemampuan mengizinkan bayi yang lebih besar dan luas dari mana-mana zakar keluar melaluinya. Jadi zakar sebesar mana pun mampu diterima faraj. Bersabar dan berlatih selalu.

    Radang, bengkak

    Masalah batang zakar sedikit membengkak di tepi atau kadang-kadang di bawah, kerap berlaku. Dalam masa sama, bila dipicit, terasa ada biji kecil atau urat di dalamnya membuatkan lelaki atau suami tidak selesa selain terasa sakit.

    Anggota kelamin lelaki mempunyai pangkal yang lekat di bawah tundun, batang atau ‘shaft’ dan kepala zakar atau ‘glans penis’. Kulit zakar lembut dan elastik membuatkannya mudah mengikut tumbesaran zakar itu sendiri apabila ereksi berlaku.


    Kadangkala, tanpa ereksi zakar boleh mengembang akibat kebengkakan. Apabila kebengkakan itu reda maka zakar akan mengecut.

    Kebengkakan zakar boleh berlaku disebabkan keradangan bahagian itu akibat geselan yang keterlaluan (dalam hubungan kelamin atau onani), alahan makanan atau tergigit unggas, kutu atau jangkitan saperti ‘balanitis’.

    Apabila alahan reda dan jangkitan terkawal, kebengkakan akan reda. Jarang kebengkakan zakar berlaku akibat kecederaan kepada struktur dalaman dan ada kalanya tisu pembalut otot zakar mengeras.

    Keadaan ini dikenali sebagai penyakit ‘Peyronie’. Sebab ia berlaku kurang jelas dan boleh berlaku apabila zakar tercedera ketika dalam ereksi.

    Kekerasan dalaman boleh mengurang dalam beberapa bulan dan ia akan rasa kurang keras. Adakalanya ia boleh mengeras secara ketara dan membuatkan zakar melengkung atau bengkuk ketika ereksi.

    Jika ini mengganggu hubungan seksual, ia harus dikendalikan dengan berjumpa pakar. Masalah seperti ini tidak boleh dikendalikan melalui urutan kerana boleh menjadi lebih ketara. 

    Terdapat sebilangan lelaki yang menjalani suntikan zakar yang dilakukan oleh individu yang tidak bertauliah, kononnya untuk membesarkan zakar.

    Mereka akan dapati zakar boleh membengkak pada masa tertentu dan ini boleh berlaku pada bila- bila masa lebih lagi selepas bersetubuh atau duduk lama dalam kenderaan, walaupun pada waktu lain ia kelihatan biasa tetapi ada ketulan dan benjolan kecil (di tempat yang kena suntikan).

    Jika lelaki atau suami anda ada menjalani suntikan itu, kebengkakan dan benjolan akan sentiasa berlaku dan jika ketara dia perlu mendapatkan rawatan sewajarnya.

    Masalah ini tidak boleh dikendalikan dengan urutan atau mendemah menggunakan air panas kerana ia boleh menjadi ketara.

    Terkejut tiada sperma

    SOALAN

    SAYA berusia 27 tahun, berkahwin empat tahun dan ada dua anak. Masalah saya ialah, baru-baru ini saya membuat dua ujian dalam makmal berkaitan kandungan sperma dalam air mani.


    Doktor yang membuat ujian itu memaklumkan tiada langsung kandungan sperma dalam mani saya. Dia turut memaklumkan kesihatan saya normal.

    Ia mengejutkan saya dan juga doktor yang melakukan pemeriksaan itu. Apa perlu saya buat? Apakah rawatan yang perlu saya lakukan?

    FIZ
    Kuantan, Pahang


    JAWAPAN


    Masalah kesuburan atau tiada sperma dalam air mani dikenali sebagai ‘Azoospermia Sekunder’ atau ‘Secondary Azoozpermia’.

    Jarang berlaku situasi lelaki yang pernah menghasilkan sperma dalam air mani atau pernah menghamilkan pasangan wanita satu ketika dulu kemudian mengalami masalah itu.

    Sebahagian besar daripada pelanggan saya yang mengalami masalah seperti itu pernah mendapat penyakit beguk atau ‘mumps’ selepas berkahwin dan mendapat anak.

    Ia berlaku sama ada beguk terbabit mengakibatkan keradangan buah zakar atau sebaliknya dan kemudian mendapati kedua-dua buah zakar berkenaan mengecut.

    Dalam masa sama, kebetulan pula isteri mereka sukar mengandung dan apabila mereka menjalani ujian air mani, didapati tiada sperma dalam air mani.

    Selain itu, sebahagian lagi pelanggan saya mengalami keradangan buah zakar secara rambang atau ‘non-specific orchitis’ dan mereka mendapati tiada sperma dalam air mani apabila menjalani ujian air mani sebagai ujian susulan infertiliti sekunder.

    Ada juga pelanggan saya yang mendapati tiada sperma dalam air mani mereka tanpa sebab munasabah. Mereka sihat, tiada masalah dengan anggota kelamin dan kedua-dua buah zakar sihat, tiada keradangan, selain bentuk serta saiz testis normal dan ia membuatkan mereka serta doktor bengang.

    Apabila lelaki itu didapati ada masalah Azoospermia Sekunder, pemeriksaan lebih teliti perlu dilakukan dan lebih baik untuk lelaki itu jika ia dikendalikan pakar yang berkaitan.

    Pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan jika perlu, ujian imbasan atau ‘ultrasound’ dibuat terhadap buah zakar untuk menentukan sama ada ada masalah ‘varikosel’ atau pembuluh darah berpuntal yang terlindung atau gagal dikesan dengan pemeriksaan biasa.

    Ujian hormon juga dilakukan untuk menyukat hormon kesuburan (FSH), Prolactin dan Testosterone. Ujian baka turut dilakukan untuk mengesan jika ada masalah baka yang boleh bermanifestasi dalam umur tertentu dan menyebabkan kilang sperma terbantut.

    Adakalanya, cebisan tisu diambil daripada buah zakar untuk mengesan kedudukan kilang sperma, sama ada ia aktif atau sebaliknya, dan juga mengesan proses kemusnahan sel atau ‘apoptosis’.

    Rawatan hanya diberi jika masalah sebenar dapat dikesan. Adakalanya rawatan percubaan diberi untuk beberapa bulan (antara tiga hinga sembilan bulan) bagi meninjau jika ia memberi apa-apa kesan kepada kilang sperma.

    Jika masalah tiada sperma ada kaitan dengan salur sperma tersumbat, sperma boleh dikeluarkan dari bahagian yang tidak tersumbat.

    Ketulan putih di hujung

    SOALAN

    SAYA bekas gay berumur 18 tahun dan pernah melakukan hubungan seks dengan 10 gay dalam satu masa. Sejak berumur 14 tahun, saya dapati ada ketulan berwarna putih di sekeliling kepala zakar.


    Ketulan itu tidak keras dan seperti cecair. Saya juga tidak bersunat dan apakah masalah yang saya hadapi sebenarnya.

    VELOO
    Klang, Selangor


    JAWAPAN

    Anda mengamalkan gaya hidup berbahaya dan mendedahkan diri kepada jangkitan penyakit kelamin. Jika hendak tahu sama ada anda terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin, sila bertemu doktor.

    Lakukan ujian darah bagi mengesan jika anda membawa kuman atau kuman virus tertentu penyakit kelamin.

    Gejala ketulan keras kekuningan di sekeliling kepala zakar anda mungkin ketulan biasa kerana anda menghidapinya sejak berumur 14 tahun dan ia tidak berubah.

    Ketulan kecil itu dikenali sebagai ‘Pearly White Papule’ dan ia kelihatan seperti penyakit, tetapi ia tidak berbahaya. Ia berlaku di kalangan lelaki berumur 20 tahun hingga 40 tahun dan jarang kelihatan pada kelamin remaja lelaki.

    Ia lembut dan kelihatan seperti ketuat, tetapi sebenarnya bukan.

    Kencing dalam tidur

    KENCING malam atau ‘nocturnal enuresis’ tidak berlaku kepada kanak-kanak saja, malah membabitkan ramai lelaki serta wanita dewasa.

    Golongan yang mengalami gejala berkenaan juga tidak perlu malu atau berasa aib mendapatkan nasihat doktor kerana jika tidak diberi perhatian, masalah itu sukar diselesaikan.


    Mengikut kajian, seorang daripada 30 hingga 40 golongan dewasa di United Kingdom (UK) berdepan masalah kencing malam dan jumlah itu mungkin hampir sama di kalangan kita.

    Walaupun perkara itu biasa berlaku, puncanya tidak jelas biarpun ia biasa dikaitkan dengan pundi kencing yang meragam.

    Kencing malam dalam tidur berlaku apabila pundi kencing penuh dan isyarat untuk bangun serta menahan kencing gagal diterima otak, maka individu itu kencing tanpa disedarinya.

    Ada beberapa perkara yang mungkin menjadi penyebab kencing malam. Antaranya, kemungkinan produksi kencing masih lancar waktu malam (biasanya produksi kencing lancar sebelah pagi).

    Jika individu berkenaan terkencing dalam tidur pada waktu malam, kemungkinan pengeluaran hormon vasopressin kurang, maka buah pinggang menghasilkan banyak kencing yang tidak dapat dikawal pundi kencing.

    Kemungkinan juga pundi kencing tidak besar. Ini bermakna individu itu tidak dapat menyimpan kencing kurang daripada biasa atau anda mempunyai pundi kencing yang meragam atau ‘overactive’.

    Apabila pundi kencing meragam atau lebih aktif, otot pundi kencing tidak melega untuk memberi ruang kepada kencing yang dihasilkan buah pinggang, maka ia mula mencengkam untuk mengeluarkannya tanpa amaran.

    Kemungkinan juga individu itu sukar bangun walaupun pundi kencing sudah penuh, jadi dia terkencing walaupun dalam tidur. Kajian menunjukkan kejadian kencing dalam tidur boleh berlaku walaupun seseorang itu tidur ringan.

    Sebab lain termasuk penyakit kencing kotor menyebabkan pundi kencing radang dan juga tekanan yang boleh mencetuskan kekerapan kencing malam.

    Beberapa perkara boleh dilakukan bagi membantu masalah kencing malam seperti mendapatkan bantuan doktor untuk menjalani pemeriksaan, selain membaca risalah gejala terbabit.

    Individu itu juga boleh menyimpan diari untuk mencatat waktu selain perkara yang membuatkannya terkencing dalam tidur. Ini boleh membuatkannya berjaga-jaga mengenai perkara yang mampu mencetuskan punca dia kencing malam.

    Kita perlu sedar, perkara ini bukan dibuat-buat dan ia berlaku secara tidak sengaja. Mungkin menenangkan minda dan emosi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekerapan ia berlaku.

    Dalam masa sama, individu itu boleh berusaha membuang air kecil waktu malam, bangun tidur beberapa jam sebelum waktu kebiasaannya bangun untuk membuang air kecil dan menggunakan rutin itu jika ia berkesan menangani masalah terbabit.

    Kurangkan minum air sebelum tidur dan pastikan juga buang air kecil sebelum tidur. Jika menggunakan penyaman udara, pastikan ia tidak sejuk kerana suhu sejuk boleh meningkatkan proses penghasilan air kencing.

    Kajian menunjukkan individu yang teruja permainan ‘on-line’ komputer dan tidur kerap mengalami mimpi basah serta kencing malam.

    Mereka digalakkan tidak melakukan aktiviti yang membuatkan mereka mudah teruja sebelum tidur untuk mengelak kencing malam.

    Panduan di atas dapat membantu satu daripada enam individu yang mengalami masalah kencing malam ketika dalam tidur.

    Bagaimanapun, jika masalah itu berlarutan, eloklah bertemu doktor.

    Bengkak berbiji

    SUAMI saya berumur 35 tahun. Dia ada masalah dengan zakarnya yang sedikit bengkak di bahagian tepi dan adakalanya di bawah. Bila dipicit, terasa biji-biji kecil atau urat di dalamnya.

    Sudah beberapa kali bengkak itu terjadi, membuatkan suami tidak selesa selain berasa sakit. Apakah masalah sebenarnya dan bagaimana bengkak itu boleh berlaku.




    NANI
    Batu Pahat, Johor




    Anggota kelamin lelaki mempunyai pangkal yang lekat di bawah tundun. Kulit zakar lembut dan elastik, yang membuatkannya mudah mengikut tumbesaran zakar apabila ereksi.

    Kadangkala, tanpa ereksi, zakar boleh mengembang akibat kebengkakan. Apabila kebengkakan itu reda, zakar akan mengecut.

    Kebengkakan kerana keradangan bahagian itu akibat geselan yang keterlaluan (dalam hubungan kelamin atau melancap), alahan makanan atau digigit unggas atau kutu serta jangkitan seperti ‘balanitis’.

    Apabila alahan reda dan jangkitan terkawal, kebengkakan akan reda. Jarang kebengkakan zakar akibat kecederaan struktur dalaman dan adakalanya tisu pembalut otot zakar mengeras.

    Keadaan ini dikenali sebagai penyakit ‘Peyronie’. Punca ia terjadi kurang jelas dan boleh berlaku apabila zakar tercedera ketika dalam ereksi. 

    Adakalanya ia boleh mengeras secara ketara dan membuatkan zakar melengkung atau bengkok ketika dalam ereksi. Jika ini mengganggu hubungan seksual, ia harus dikendalikan dengan berjumpa pakar.

    Ada segelintir lelaki menjalani suntikan zakar yang dilakukan oleh individu tidak bertauliah kononnya untuk membesarkan zakar.

    Zakar boleh membengkak pada masa tertentu, jika suami anda menjalani suntikan itu, kebengkakan sentiasa berlaku.

    Muda tapi kendur

    SUAMI saya berumur 36 tahun dan sihat tubuh badan. Kami mendirikan rumah tangga 12 tahun lalu dan ada empat anak.

    Kebelakangan ini, suami berdepan masalah. Dia ada rangsangan untuk melakukan hubungan kelamin dan zakarnya menegang (ereksi) tetapi apabila ingin memasukkan ke dalam faraj ia terus mengendur.


    Bagaimanapun, apabila dirangsang semula, ia boleh memancutkan air mani tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj. Kami benar-benar buntu dengan masalah ini memandangkan umur suami masih muda.



    MENGHARAP
    Subang, Selangor




    Apabila lelaki terangsang, perjalanan darah dalam otot zakar lancar dan memenuhi ruang dalam otot. Ini membuatkan anggota itu tegap, padat serta keras.

    Ketika itu pembuluh darah ven menjadi sempit supaya darah dalam zakar tidak keluar serta mengekalkan ereksi supaya mudah untuknya lakukan seks penetratif dengan pasangan.

    Keadaan berubah apabila pembuluh darah ven tidak menyempit, malah terbuka dan membuatkan darah dalam otot zakar langsung keluar, menyebabkan ereksi kendur serta tidak bermaya.

    Ada segelintir lelaki muda mengalami masalah itu yang juga ada kaitan dengan kegagalan mencapai ereksi tegap dan kekal untuk persetubuhan.

    Masalah itu juga dikenali sebagai disfungsi erektil atau ED, iaitu walaupun pada awalnya ereksi tegap dan padat, tetapi gagal menyalurkannya ke dalam salur faraj kerana ketegangan tidak kekal.

    Jika ia kerap berlaku dan lelaki itu kerap gagal melakukan seks penetratif, dia perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, selain mendapatkan rawatan sewajarnya.

    Segelintir lelaki yang mengalami masalah itu cuba mengatasinya dengan cepat-cepat menyalurkan ereksi ke dalam faraj sebelum layu. Jika pasangan belum bersedia lagi, sudah tentu perbuatan itu menyakitkannya. Penetrasi secara paksaan sebelum isteri bersedia memang menyakitkan!

    Ada juga segelintir lelaki menambat pangkal zakar untuk mengekalkan ketegangan dengan menggunakan getah penambat. Ini dapat menyelesaikan masalah untuk seketika, tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah yang menjadi punca sebenar.

    Apabila masalah ini kerap berlaku, ia boleh menjadi petanda masalah kesihatan yang lebih mendalam. Contohnya, peningkatan kolesterol dalam darah, masalah pra diabetis, penyakit darah tinggi atau koronari, selain petanda tekanan akibat gaya hidup tidak sihat.

    Mengambil ubat kuat atau mendapatkan urutan tradisional di bahagian anggota sulit bukan cara terbaik kerana masalah kesihatan yang mendalam tidak dapat dikesan.

    Untuk permulaan, individu itu boleh berjumpa doktor keluarga untuk menjelaskan masalah seksual dialaminya.

    Jika dia tidak mengamalkan gaya hidup sihat, dia perlu memulakannya. Jadi, jumpa doktor secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan.

    Lelaki puting timbul

    SAYA lelaki berumur 26 tahun dan berdepan masalah puting timbul. Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai buah dada yang berotot, berputing timbul dan berbulu lebat di bahagian dada dan kelihatan sangat ‘macho’ bila tidak berbaju.

    Masalahnya, saya sering mengalami ‘kegatalan’ yang amat sangat dan kadangkala mengalami kemerahan, seakan-akan berkudis di sekitar kawasan puting.


    Apabila diurut, digaru dan diusap, ia menyakitkan. Jika disapu krim atau ubat, kegatalan itu hilang seketika sebelum gatal semula selepas dua atau tiga hari.

    Masalah itu juga memaksa saya memakai baju tidur (sebelum ini, saya lebih gemar tidur tanpa baju) kerana malu mendedahkan dada atas sebab puting yang bermasalah.

    Doktor, apakah puncanya dan tolong berikan nasihat?



    YAP
    Cheras, Kuala Lumpur




    Jika ada lelaki mempunyai puting yang tenggelam, tentu ada lelaki yang mempunyai puting besar dan timbul seperti anda.

    Anda mungkin dapati ia mula berlaku dari peringkat awal baligh, di mana dalam peringkat itu ada pergolakan hormon yang mempengaruhi tumbesaran puting, iaitu hormon estrogen yang dihasilkan kelenjar adrenal.

    Secara kebetulan puting anda sensitif dan mudah mengembang serta menegang. Ini membuatkan kulitnya tegang dan gatal. Jika bahagian itu digaru atau disental, kulit akan menggelupas dan berlaku kemerahan.

    Jadi jika ditinjau, pelbagai perkara boleh menyebabkan puting lelaki membesar dan menegang. Malangnya tiada ubat untuk memastikan atau mengurangkan ia daripada terus berlaku. Mungkin cara terbaik ialah menerima perubahan terbabit.

    Jika perkara itu menjadi tekanan kepada lelaki, cara untuk menyelesaikannya ialah menjalani pembedahan plastik. Doktor yang fasih dalam prosedur itu akan keluarkan tisu tebal dalam puting dan puting akan kelihatan kecil serta leper.

    Suami takut jimak

    KISAHNYA memang pelik, tapi ia benar-benar berlaku. Seorang suami tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri walaupun sudah berkahwin lima tahun. Alasannya, dia malu melihat kemaluan isteri selain takut untuk melakukan seks.

    Menakjubkan juga apabila si isteri bersabar dan dalam masa sama tidak pernah jemu memujuk suami dengan melakukan belaian manja, namun akhirnya suami menarik diri.


    Ia bukan kerana suaminya mengalami masalah dengan alat kelamin, sebaliknya dia terlalu malu selain takut untuk melakukan hubungan seks.

    Akibatnya, selain isteri terseksa daripada segi batin, keluarga mentua menganggap suami terkena buatan orang. Lantas, suami dibawa bertemu bomoh untuk diurut kerana isterinya tidak mengandung walaupun sudah lima tahun berkahwin.

    Apa yang berlaku kepada suami itu memang aneh kerana jarang berlaku keadaan di mana lelaki tidak suka melakukan hubungan seksual.

    Suami terbabit mungkin terfikir hubungan seks membabitkan perkara ‘aneh’ iaitu perlu berdepan pasangan dalam keadaan memalukan, berbogel atau selak kain, perlu sentuhan kepada anggota kelamin dan pelbagai lagi.

    Semua itu mungkin mengaibkan atau membengangkannya. Berdasarkan aduan diterima, si isteri turut cuba membantu menyelesaikan masalah dengan bersama-sama menonton ‘filem dewasa’, tetapi suaminya tetap tidak mahu melakukan seks, sebaliknya lebih gemar menonton filem itu berseorangan.

    Selain itu, belaian diberi kepada suami turut ‘memanaskan’ lelaki itu tetapi apabila syahwat semakin meningkat suami tiba-tiba menarik diri, menyebabkan isterinya terkapai-kapai sendirian.

    Dalam menghadapi masalah sebegini, peranan isteri sangat penting. Memandangkan isteri itu sudah biasa tidak mendapat kepuasan seks selain sentiasa bersabar dengan suami, nyata usahanya membawa kemajuan.

    Biarpun isteri itu secara spesifiknya masih gagal mendapatkan kepuasan seks, terbukti belaian dan cumbuannya mampu membuatkan suaminya ‘panas’ hinggalah dia akhirnya meminta dihentikan.

    Jadi, kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti ini, isteri digalakkan untuk terus membelai dan mendidik suaminya untuk berintiman. Jangan sekali-kali fikir perbuatan isteri meminta adegan intim daripada suami adalah sesuatu yang aneh. Ini kerana ia perbuatan yang sangat diperlukan dalam situasi dihadapi.

    Isteri juga perlu terus bersabar jika mahu mengekalkan kehidupan rumah tangga. Pada masa sama suami perlu mendapat banyak pendedahan daripada pembimbing atau membaca buku panduan supaya mampu membuka minda selain tidak tersalah tafsir berkaitan seks.

    Antara pendekatan sesuai ialah bimbingan dan kaunseling seks dan bantuan pakar perubatan. Ia memang memerlukan masa dan bimbingan susulan perlu dilakukan sehingga berlaku perubahan terhadap si suami.

    Jangan putus asa. Teruskan perjuangan hidup berumahtangga.

    Bekas gay derma darah

    SOALAN
    SAYA berumur 26 tahun, bekas gay dan pernah melakukan hubungan seks sejenis sebelum ini. Bagaimanapun, saya sudah bertaubat untuk tidak terjebak lagi dalam perbuatan hina itu.

    Soalan saya, bolehkah saya menderma darah? Daripada apa yang saya dapat tahu, mereka yang mengamalkan hubungan seks songsang tidak boleh menderma darah.

    Untuk pengetahuan doktor, saya tidak melakukan seks songsang itu sejak dua bulan lalu dan tidak mahu mengulanginya lagi.

    INSAF
    Perlis


    JAWAPAN

    Jika anda mahu menderma darah di mana-mana hospital sama ada kerajaan atau swasta, anda perlu mengisi borang atau memberi maklumat peribadi, termasuk berkaitan gaya hidup tidak sihat dilalui sebelum ini.

    Ia penting untuk rujukan hospital berkenaan. Selepas itu, darah anda akan diuji dan jika ada gejala kuman atau infeksi, darah anda tidak akan diterima.

    Malah, kini jika anda ingin mendirikan rumah tangga, ujian darah juga perlu dilakukan bagi mengesan jangkitan HIV/Aids.

    Jika anda sudah bertaubat tidak mahu terbabit dalam gejala seks bebas secara songsang, elok berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah bagi mengesan sebarang gejala jangkitan penyakit kelamin.

    Ini kerana ramai individu, sama ada lelaki atau perempuan, yang pernah terjebak dalam seks bebas atau rambang tidak tahu mereka membawa kuman jangkitan penyakit kelamin.

    Secara kebetulan, kuman itu tidak menjejaskan mereka buat seketika tetapi boleh membinasakan orang lain yang tidak bersalah, tidak tahu atau tidak pernah melakukan hubungan seperti itu akibat dijangkiti penyakit.

    Keintiman petanda sihat

    SOALAN

    SAYA berumur 41 tahun dan sudah berkahwin. Saya ingin meminta nasihat doktor berkaitan beberapa perkara.


  •  Apakah penyakit sampingan yang wujud jika pasangan kerap melakukan aktiviti seksual selain daripada keletihan? Adakah ia aktiviti sihat?

  •  Adakalanya batang zakar kelihatan kurus atau mengecil daripada keadaan biasa jika tidak diurut sentiasa. Adakah ini masalah biasa atau kerana kekerapan hubungan seksual?

  •  Adakah kekerapan melakukan hubungan seksual akan mengakibatkan perut buncit dan rambut serta penglihatan semakin kurang?

    INGIN TAHU
    Skudai, Johor


    JAWAPAN


    Hubungan seksual dalam pandangan Islam hanya untuk pasangan berkahwin. Ia satu ibadah dan manfaatnya banyak selain mendapat ganjaran bekalan di akhirat.

    Ganjaran kesihatan seks tidak terhingga kerana ia satu aktiviti fizikal yang dapat mengawal kesihatan.

    Jika dilakukan tiga kali seminggu, dalam setahun dianggarkan pasangan itu membakar kalori ibarat berjoging kira-kira 90 kilometer.

    Seks meningkatkan penggunaan oksigen oleh sel dalam badan dan merangsang sistem badan untuk berfungsi dengan hebat lagi.

    Seks turut mampu mengurangkan kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik. Kajian juga menunjukkan seks melegakan sakit kepala dan sendi.

    Ia melindung pundi prostat daripada tekanan dan mencegah kanser prostat, selain penawar kepada penyakit kemurungan serta melegakan tekanan.

    Ia meningkatkan pengeluaran hormon oxitocin yang meningkatkan tahap kemesraan dan keyakinan antara pasangan.

    Seks turut meningkatkan pemprosesan hormon wanita yang mengawal kesihatan faraj dan jantung, selain meningkatkan pengeluaran hormon testosterone untuk lelaki.

    Seks juga meningkatkan tahap hormon DHEA kepada lima kali ganda dan secara langsung membantu mengukuhkan daya tahan kesihatan badan.

    Oleh itu, jika anda dapati anda letih selepas seks, ia perkara biasa kerana penggunaan tenaga. Keletihan berkenaan satu kebaikan dan seks jelas aktiviti sihat selain menyegarkan kedua-dua pihak.

    Tuhan memberi anggota kelamin itu untuk kebaikan individu. Ia akan kelihatan segar dan besar apabila kerap digunakan.

    Jika tidak digunakan, ia akan kelihatan kecil dan kurus manakala jika lama tidak digunakan, ia menjadi tidak berguna.

    Jika kerap digunakan, ia aktif dan mudah berfungsi. Seks dalam perkahwinan adalah satu hikmah yang memberi manfaat kepada pasangan.

    Seks jika tidak dimanfaatkan memungkinkan jangka hayat pasangan menurun. Mereka mudah mengalami penyakit kemurungan.

    Daya kekuatan badan dan fizikal akan merosot selain mengalami penyakit kronik yang menekan.

    Oleh itu, jika anda dan pasangan masih mampu melakukan hubungan seks, kesihatan anda berdua akan cemerlang selalu.
  • Tukar warna

    SOALANM

    APAKAH puncanya jika kepala zakar bertukar warna (hijau)?


    RISAU
    Kuala Lipis, Pahang


    JAWAPAN


    Warna kulit kepala zakar lelaki yang sudah berkhatan kurang cerah daripada yang tidak berkhatan.

    Warna kulit zakar lelaki yang sudah berkhatan juga berubah dari semasa ke semasa, kelihatan cerah ketika umur muda dan pucat serta pudar ketika umur semakin meningkat.

    Ia juga berubah selepas selesai melakukan hubungan seks dan ketika dalam keadaan terangsang. Lelaki berkulit cerah mempunyai warna kulit kepala zakar yang juga cerah.

    Adakalanya kulit zakar berubah warna kepada pucat dan kekuningan atau kehijauan. Semua perubahan itu bukan petanda masalah kecuali dalam keadaan tertentu, seperti situasi di mana zakar dalam keadaan keras yang agak lama dan menyakitkan lelaki berkenaan.

    Situasi itu yang dikenali sebagai ‘Priapisme’ menunjukkan kulit hujung zakar lebam dan sejuk, menandakan darah bertakung di dalamnya.

    Satu kerandut

    JARANG berlaku fenomena lelaki hanya mempunyai sebiji buah zakar kecuali sebab semula jadi atau sebenarnya ia ada, cuma tersangkut di dalam dan mungkin tidak aktif.

    Pembedahan boleh dijalankan untuk menurunkan buah zakar itu ke dalam kerandut, tetapi seelok-eloknya ia dilakukan sebelum berumur dua tahun iaitu selepas doktor melakukan pemeriksaan terhadap bayi dan mendapati berlaku fenomena berkenaan.


    Jika pembedahan lambat dilakukan selepas dikesan, buah kerandut itu mungkin terencat tetapi jika lelaki berkenaan sudah dewasa, tidak mengapa jika prosedur kesihatan terbabit tidak dijalankan.

    Bagaimanapun lelaki perlu tahu, kemungkinan buah zakar yang tersangkut itu menjadi kanser adalah tiga atau empat kali ganda berbanding yang normal.

    Ada segelintir pakar menyarankan buah zakar yang tersangkut itu dibuang melalui pembedahan dan ada yang tidak mengesyorkan apa-apa.

    Kini dengan ujian darah, perubahan kanser dapat dipantau dari semasa ke semasa dan tumbesaran buah zakar yang tersangkut itu dapat dilakukan melalui imbasan MRI atau CATS.

    Berkaitan kesuburan, tiada sebab kenapa lelaki tidak subur jika buah zakar yang satu itu sihat. Bagaimanapun, jika ia kecil atau terencat, sudah tentu ia mampu mengganggu kesuburan.

    Perkara berkaitan kesuburan jika mempunyai hanya sebiji buah zakar itu boleh dikesan melalui ujian air mani, tetapi tidak digalakkan menjalani ujian itu tanpa sebab.

    Jika lelaki berkenaan berkahwin lebih setahun dan kerap bersetubuh tetapi tidak mempunyai zuriat, mungkin ujian air mani itu boleh dijalankan.

    Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak perlu risau jika hasil ujian dijalankan normal, malah tidak perlu risau sekarang ini kerana ramai lagi yang mempunyai sebiji buah zakar.

    Ramai lelaki yang mengalami masalah berkenaan kini sudah berkahwin dan mempunyai zuriat.

    Penyakit punca lemah

    SOALAN

    APAKAH dengan mengambil ubat darah tinggi, kencing manis dan pil cair darah menjadi punca lemah syahwat atau zakar gagal berfungsi?


    LELAKI BIMBANG
    Melaka


    JAWAPAN
     

    Kajian menunjukkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan peningkatan kolesterol dalam darah memang mengganggu pencapaian ereksi atau menyebabkan Disfungsi Erektil (DE).

    Tekanan darah tinggi mengakibatkan kesempitan salur darah penghujung, jadi darah tidak dapat masuk dengan lancar ke dalam otot zakar.

    Kencing manis pula menyebabkan gangguan kepada fungsi urat saraf dan secara langsung mengakibatkan perjalanan darah kurang lancar ke dalam otot zakar.

    Peningkatan kolesterol turut membuatkan darah pekat, menyebabkan salur darah menjadi sempit. Sebab itu akhirnya menjadikan perjalanan darah kurang lancar ke dalam otot zakar.

    Semua penyakit itu menjadi penyebab kepada DE dan lebih teruk penyakit berkenaan, DE juga semakin ‘berat’.

    Ubat yang diberi hanya untuk mengawal penyakit itu supaya proses penyakit tidak ketara dan anda terhindar daripada penyakit yang lebih ketara atau maut.

    Ubat berkenaan tidak akan memulihkan penyakit itu dan anda perlu makan selagi doktor tidak ubah jadual pemakanan ubat terbabit.

    Jika proses gangguan ereksi berlaku, ia akan tetap berlaku dan boleh menjadi ketara jika pesakit tidak memakan ubat, selain tidak mengikut nasihat doktor.

    Selain penyakit tadi, amalan gaya hidup mempengaruhi fungsi pencapaian ereksi. Merokok, minum minuman keras, tidak bersenam, kenaikan berat badan ke tahap tidak unggul dan tekanan memberatkan lagi keadaan.

    Jadi, jangan salahkan ubat. Jika anda tidak makan ubat dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, riwayat hidup anda mungkin singkat.

    Jika anda ada masalah untuk mencapai ereksi, jelaskan perkara itu kepada doktor.

    Penyakit DE ada rawatan. Selain mengunakan pam vakum yang dibeli daripada doktor atau farmasi, pil tertentu dapat membantu melancarkan darah dalam otot zakar dan pil ini hanya boleh didapati daripada doktor atau di farmasi dengan surat doktor.

    Perlu periksa sendiri

    SOALAN

    SAYA pelajar berusia 22 tahun. Saya dapati ada benjolan lembut yang akan jelas kelihatan pada kantung skrotum saya ketika mencangkung. Keadaan itu menyebabkan seolah-olah ada tiga testis di dalam kantung skrotum saya.


    Apabila dipegang, ia terasa seperti satu pundi yang berisi bahan lembut seperti lemak. Benjolan berkenaan tidak menyakitkan tetapi adakah keadaan itu normal?

    PEMUDA RISAU

    Sarawak

    JAWAPAN


    Nampaknya anda periksa buah zakar tanpa mengetahui atau mengenali anggota berkenaan. Ini memang dijangka tetapi tidak seharusnya dibiarkan sehingga jahil mengenai alat sulit sendiri.

    Jika anda tahu mengenai anggota kelamin anda, tentu anda akan tahu lelaki mempunyai sepasang buah zakar dan tidak lebih daripada itu.

    Ada lelaki yang tiada buah zakar dalam kantung atau hanya ada satu tetapi ini jarang berlaku. 

    Selain daripada buah zakar yang ukuran dewasanya ialah antara 12-25 milimeter (ml), saiz kedua-dua buah zakar itu tidak semestinya seimbang.

    Jika ia dalam lingkungan saiz antara 12-25 ml(ukuran dengan mengunakan alat pengukur buah zakar yang bergelar Orkidometer), ia dianggarkan normal.

    Jika kurang daripada itu, kemungkinan ia terencat! Di sebelah buah zakar ada gumpalan salur yang bergelar pundi epididimis.

    Ia terletak disebelah belakang buah zakar. Adakalanya ia keras dan adakala juga wujud ketulan yang membuatkannya terasa seakan-akan buah zakar.

    Kemungkinan itu yang anda terasa. Di bahagian atas buah zakar ialah gumpalan salur darah yang adakalanya boleh mengembang dan memuntal.

    Jika ia berlaku, keadaan itu dikenali sebagai ‘varikosel’ atau gumpalan pembuluh darah yang kembang dan berpuntal.

    Jika dilihat daripada luar kerandut, kerandut akan kelihatan seolah-olah ada lebih daripada sepasang buah zakar, seperti yang anda lihat. 

    Jadi kemungkinan ‘buah zakar' yang lebih itu ialah ketulan cista pundi epididimis atau gumpalan pembuluh darah yang berpuntal atau varikosel.

    Anda hanya boleh dapat kepastian jika anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

    Kadangkala, doktor akan syorkan ujian lanjutan seperti menjalani pemeriksaan imbasan atau ‘ultrasound’ untuk penetapan diagnosa jika keraguan. Sudah tiba masanya untuk anda dan pembaca lelaki mengetahui cara melakukan pemeriksaan kendiri buah zakar dan zakar.

    Ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ketika hendak melakukan pemeriksaan kendiri buah zakar, satu tangan perlu menampu kerandut dan satu lagi melakukan pemeriksaan.

    Contohnya, untuk memeriksa buah zakar kiri, gunakan tangan kiri dan tampung kerandut menggunakan tangan kanan dan lakukan sebaliknya jika mahu memeriksa buah zakar kanan.

    Rasa buah zakar dari depan ke belakang dan rasa sekali pundi epididimis. Selepas itu, sambung pemeriksaan di atas untuk rasa salur darah. Jika terasa gumpalan, kemungkinan ada varikosel. Jika hendakkan kepastian, anda dinasihatkan bertemu doktor.

    Selepas itu, periksa keseluruhan kerandut. Jarang ada ‘jerawat’ kerandut. Ia mudah berlaku jika bulu roma kerandut dicukur. Kemudian, periksa keseluruhan zakar dan bahagian penghujung zakar. Teliti di bawah kepala zakar sama ada kulit rata atau ada timbulan kulit.

    Jika ada, anda boleh rujuk kepada doktor untuk kepastian sama ada ia ketuat atau ‘wart’. Jika ada dari dulu lagi dan tidak berubah, kemungkinan bekas pembedahan berkhatan.

    Jika anda peka dengan keadaan anggota kelamin anda, anda akan yakin mengenai kesihatannya. Jadi, amalkan pemeriksaan kendiri buah zakar dan anggota kelamin sebulan sekali.

    Mitos Gambir Sarawak

    RAMAI lelaki taksub dengan Gambir Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman.

    Lebih teruk lagi, saya pernah mengendalikan beberapa kes kemelecetan faraj dan vulva akibat penggunaan gambir Sarawak.


    Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki tetapi sehingga kini, pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada lelaki dijalankan.

    Gambir atau nama saintifiknya ‘Uncaria Gambier’ biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Nusantara, India dan China. 

    Tumbuhan manjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai astrigen. 

    Wujud rekod membuktikan gambir digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit manakala dalam masyarakat Cina purba, tumbuhan itu digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan. 

    Bagi penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan. 

    Di Sarawak pula, herba itu mungkin satu daripada herba utama yang dijual dan dihasilkan di sana kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambier di tengah bandar raya Kuching. 

    Sebenarnya, gambir adalah satu daripada tujuh spesies daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak. Di negara lain wujud beberapa spesies lagi daripada keluarga Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan. 

    Kajian di China mendapati, tumbuhan ‘Uncaria Ramulus’ contohnya mampu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, merawat hipertensi dan pening kepala selain sawan. 

    Namun, penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit-birit, kerosakan buah pinggang, mual, bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati. 

    Penyelidikan di Institut Sains Perubatan China, Taiwan, pula mendapati ekstrak ‘Uncaria Rhynchophylla’ mampu melegakan kekejangan dan sawan. 

    Namun di Sarawak, gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.

    Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya, pengamal terutama lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air bagi membolehkannya disapu pada bahagian kemaluan lelaki. 

    Ahli botani dan ekologi tempatan, Dr Paul Chai, berkata cuma Gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat keperkasaan lelaki kerana di kawasan lain termasuk di Semenanjung, tumbuhan itu digunakan hanya untuk tujuan perubatan. 

    Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.

    Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun. 

    Bagi masyarakat Melayu di Sarawak pula, Chai berkata, gambir sering digunakan untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan Gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua di dunia. 

    Sehubungan itu, Chai yang juga perunding Pertubuhan Kayu Kayan Antarabangsa berpendapat khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal.

    Dubur terasa bengkak

    SOALAN

    BARU-BARU ini saya mendapati lubang dubur agak sakit ketika membuang air besar. Ia juga seakan-akan membengkak. Saya takut untuk berjumpa doktor kerana tidak dapat menerima kenyataan jika penyakit itu serius.


    Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengamalkan hubungan sejenis tetapi kini tidak lagi.

    RISAU
    Kuala Lumpur


    JAWAPAN


    Lubang dubur ialah penghujung sistem penghadaman. Ia mengandungi pepundi peluh, pundi minyak pelembap selain bulu roma dan urat saraf yang sensitif kepada sentuhan serta stimulasi erotik.

    Pembukaan lubang dubur berbentuk bujur dan posisinya berdekatan tulang tungking. Apabila tertutup, ia berukuran dua sentimeter (sm), tetapi otot pembukaan luar dubur boleh meluas sehingga lima kali ganda.

    Dalam pembukaan lubang dubur ialah salur dubur dan ia berukuran kira-kira 4.5 sm dan mengelilingi otot pembukaan dalaman yang mengawal pengeluaran najis ketika proses pembuangan air besar.

    Di bahagian atas salur dubur kelihatan lapisan tisu berbentuk seperti gigi gergaji bergelar ‘dentate line’ dan di atas garisan itu ialah usus rektum, tempat akhir najis berkumpul sebelum proses pembuangan air besar.

    Usus rektum lebih kurang 15 sm panjang dan mengandungi tisu penahan atau ‘valve’ yang berfungsi sebagai pengawal ketika najis bergerak.

    Apabila najis sudah menekan salur rektum dan secara langsung ia menolak ‘valve’ tadi, perasaan hendak buang air besar akan berlaku, menyebabkan individu berkenaan membuang air besar.

    Jadi, jika anda rasa sakit ketika buang air besar dan bahagian saluran dubur anda terasa seolah-olah bengkak, ia kemungkinan disebabkan bahagian salur dubur anda terluka atau tercedera akibat membuang air besar yang keras.

    Jika kebetulan lubang dan salur dubur anda tidak selembut dulu atau pernah tercedera dan kini mengandungi parutan (akibat hubungan liwat?), salur terbabit tidak dapat melega dengan mencukupi untuk melepaskan najis yang besar dan keras hingga berlaku kecederaan.

    Saya syorkan anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan salur dubur dan rektum jika ada luka atau perubahan kepada salur dubur, seperti kemunculan mukosa yang membuatkan salur dubur berkenaan sempit.

    Kesempitan itu yang diakibatkan kebengkakan mukosa salur dubur juga dikenali sebagai buasir atau hemorrhoids. Anda tidak perlu berasa takut untuk berjumpa doktor kerana doktor dapat membantu anda menyelesaikan kesakitan itu.

    Jika didapati ada luka, rawatan untuk memulihkannya akan diberi. Jika kebetulan anda didapati menghidap buasir, doktor akan jelaskan sama ada buasir anda belum terkeluar dan ia satu keadaan yang dikenali sebagai ‘prolapse piles’.

    Jika ada kebengkakan, doktor akan memberi ubat sesuai bagi melegakannya, selain ubat untuk melembutkan najis supaya mudah bagi membuang air besar.

    Jangan biarkan ia melarat, kulit mukosa boleh melecet selain pendarahan. Jangan lengah berjumpa doktor. Ketepikan perasaan malu itu dan selamatkan lubang serta salur najis anda.

    Rungsing ada ketulan jerawat

    SOALAN

    UMUR saya 20 tahun dan berdepan masalah ketulan kecil seperti jerawat di kulit buah zakar dan kini ia membesar dengan saiznya kira-kira satu sentimeter.


    Saya pernah pecahkan dan mendapati isinya seperti kapur basah, selain seperti ketulan jerawat jika ditarik keluar.

    AHMAD
    Perak


    JAWAPAN


    Ketulan atau bijian itu ialah ‘jerawat’ buah zakar. Ia seperti jerawat batu jika besar dan keras. Puncanya berlaku akibat kulit digaru atau selepas mencukur bulu roma di bahagian berkenaan.

    Akibatnya, kulit kerandut radang, menyebabkan salur pundi cecair pelembap semula jadi itu terkandas. Kuman yang masuk ke dalam pundi terkandas itu akhirnya membesar sebagai ‘jerawat batu’.

    Kadangkala ia boleh membesar lagi dan membuat kulit jerawat itu pecah dan mengeluarkan ketulan serta cecair kekuningan yang berbau seperti majerin tengik.

    Ketulan itu boleh dihapuskan dengan menebuknya menggunakan pisau kecil sebelum isi di dalam dikeluarkan.

    Bagaimanapun, ia perlu dilakukan doktor di pusat perubatan bagi mengelak jangkitan kuman.

    Suami nampak kesan darah

    SOALAN

    SAYA dan isteri kerap melakukan hubungan intim dan melakukan onani. Baru-baru ini ketika saya beronani dengan isteri, saya dapati ada darah di dalam air mani saya. Apa puncanya?


    DIN
    Johor


    JAWAPAN


    Amalan dan perilaku seksual anda dan pasangan adalah biasa. Jika onani itu agak kasar, kemungkinan salur kencing yang radang boleh tercedera ketika ejakulasi, menyebabkan ada darah dalam air mani.

    Jika ketika membuang air kecil anda tidak berasa sakit atau tiada darah, kemungkinan pendarahan bukan dari dalam sistem urinari (buah pinggang, salur ureter, pundi kencing dan salur kencing).

    Ia mungkin daripada sistem reproduktif dalaman lelaki iaitu pundi prostat dan seminal. Keradangan kronik pundi prostat boleh menyebabkan salur kecil dalaman pundi berkenaan turut radang dan mudah tercedera.

    Apabila berlaku ejakulasi, pendarahan turut terjadi. Pundi prostat menghasilkan 70 peratus isian air mani dan apabila keradangan reda serta pulih, pendarahan juga tidak akan berlaku.

    Lama kelamaan air mani menjadi lebih cerah, tiada apa-apa bekas pendarahan. Jika keradangan itu akibat jangkitan, dapatkan rawatan daripada doktor.

    Jadi, mustahak untuk anda berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan seperti ujian air mani serta air kencing untuk mengesan darah dan jika perlu ujian imbasan pundi prostat.

    Bulu roma bukan penyakit

    SEBAHAGIAN lelaki mempunyai bulu roma selain bintik kecil mengandungi bulu roma halus pada batang zakar. Akibatnya, ada yang salah faham, lebih-lebih lagi wanita, menyebabkan timbul ketidakselesaan kepada pasangan lelaki.

    Memang situasi itu kelihatan luar biasa dan mungkin menjadi tanda tanya pasangan. Jadi, tidak hairan jika sebahagian besar lelaki yang berdepan perkara itu berasa rendah diri dan menjauhi wanita.


    Mungkin maklumat pertama yang anda perlu tahu ialah bulu roma boleh wujud di batang zakar dan ia bukan penyakit atau masalah kesihatan anggota sulit.

    Ia normal dan tidak memudaratkan anda atau pasangan. Jika anda tidak mahukannya, anda perlu mencukurnya, menggunakan krim penghapus bulu roma atau ‘depilator cream’ setiap kali ia kelihatan.

    Krim berkenaan ada dijual di farmasi. Memang bulu roma itu tidak akan hilang walaupun dicabut berulang kali.

    Jarang bulu roma itu boleh dihapuskan secara kekal seperti melalui prosedur ‘electrolysis’. Prosedur berkenaan menyakitkan dan bukan 100 peratus mampu menghapuskannya terus.

    Oleh itu, mengapa hendak menyeksa diri dan anggota sulit. Biarkan saja dan jelaskan kepada pasangan yang ia perkara biasa.

    Jelaskan juga ia tidak menyukarkan mana-mana pihak. Lagi pun, perempuan juga mempunyai bulu roma di bahagian tompok areolar payu dara, selain di atas bibir dan ia juga perkara biasa.

    Zakar keputihan terasa gatal

    SAYA berumur 21 tahun dan berdepan masalah zakar mengalami keputihan seakan-akan kulat selain terasa gatal. Adakah ia satu daripada gejala jangkitan akibat seks (STD) walaupun saya tidak pernah melakukan hubungan seks.


    JEJAKA BIMBANG

    Ipoh, Perak




    Bahagian tertutup pada zakar lelaki yang tidak berkhatan atau kulup mudah lembap dan menjadi tempat penginapan kulat.

    Kulat itu pula wujud di merata bahagian tubuh, lebih-lebih lagi di kelengkang serta salur najis dan dalam masa sama, ia mudah membiak jika individu terbabit kebetulan memakan ubat antibiotik bagi merawat penyakit berkaitan jangkitan.

    Jadi, anda tidak perlu hairan kerana apa yang berlaku mungkin petanda jangkitan kulat kerana anda tidak pernah melakukan hubungan seks, biarpun jangkitan terbabit mudah berlaku melalui hubungan seksual!

    Jangan anda cuba merawat sendiri dan menggunakan segala krim atau apa saja difikirkan sesuai untuk menghilangkannya bimbang ia membiak atau menular ke bahagian lain.

    Saya mencadangkan anda berjumpa doktor untuk kepastian dan doktor akan memberi ubat nyah kulat atau anti kulat jika benar anda menghidapnya.

    Dulu panas kini sejuk

    SAYA berumur 23 tahun dan pernah menjalani pembedahan tulang belakang (scoliosis) ketika berumur 18 tahun. Ketika itu, doktor banyak memberi saya makan pelbagai ubat saraf untuk mengembalikan kesihatan. 

    Sebelum pembedahan, sperma yang saya hasilkan dianggap normal tetapi kini saya berdepan masalah ejakulasi pramatang manakala sperma terhasil pula mempunyai ketulan putih/kuning selain sejuk.


    Dulu, apabila saya menyentuh sperma, saya dapat rasakan suhunya sedikit panas tetapi kini ia sejuk. Adakah ini bermakna saya perlu berjumpa dengan pakar kerana saya bercadang untuk berumahtangga.



    INGIN KEPASTIAN

    Muar, Johor




    Anda sudah menjalani pembedahan untuk membetulkan kebengkokan tulang belakang dan ia berjaya membantu memulihkan keadaan tidak selesa sebelum itu.

    Jika pergerakan anda elok dan anda tiada masalah sakit belakang maka tiada sebab pembedahan itu membawa kesan sampingan kepada kesihatan seksual seperti yang anda khuatiri berkaitan masalah yang dialami kini.

    Berkaitan keadaan air mani, ia hasil campuran cairan dari pundi prostat, seminal, cowpers dan sperma dari pundi epididimis.

    Jika cairan banyak dari pundi prostat maka ia berwarna semacam kelabu atau krim. Jika banyak cairan dari pundi seminal maka cairan berwarna lebih kekuningan.

    Mengenai keadaan suhu air mani, jika anda amat teruja ketika beronani, maka air mani akan terasa panas, lebih-lebih lagi jika perasaan hangat itu lama dan anda mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkannya.

    Jika ia cepat keluar, mungkin tidak akan terasa hangat lebih-lebih lagi jika suasana sejuk. Jadi jangan khuatir sangat mengenai perkara berkenaan. Paling penting ialah yakin kepada kesihatan anda dan amalkan gaya hidup sihat. Jangan merokok dan lakukan senaman berkala.

    Ia lebih baik daripada fikir yang bukan-bukan. Selamat mendirikan rumah tangga dan jika dalam setahun dua, tiada tanda isteri hamil, anda serta pasangan pergi berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

    Recent Post