Abang ipar gemar tengok video aksi panas

SAYA gadis berusia 20-an dan tinggal dengan kakak saya yang sudah berkeluarga. Saya tinggal bersama kakak kerana tempat kerja saya dekat dengan rumahnya. Masalah saya ialah abang ipar yang suka sangat tengok video aksi panas.

Bila saya ada di rumah pun dia boleh tengok video tu. Dia macam ketagih. Bila balik kerja, terus pasang video tu. Naik takut saya dengan perangainya. Bila dia balik kerja, saya terus masuk bilik. Kakak saya hanya balik kerja pada waktu malam.


Masalahnya, kakak saya akan melahirkan anak tidak lama lagi dan akan bercuti panjang di kampung. Jadi saya terpaksa tinggal dengan abang ipar saja. Saya terfikir nak cari rumah sewa, tapi tak ada kawan untuk tinggal bersama.

Lagipun, gaji saya sikit. Saya ada juga terfikir nak berhenti kerja dan balik ke kampung, tapi setakat ini saya belum ada kerja lain sebagai pengganti. Saya tak mahu menganggur kerana sebelum ini hampir dua tahun saya tak ada kerja.

Mungkin kakak saya tak tahu kegemaran suaminya. Saya tak berani nak beritahu sebab abang ipar sudah pesan jangan beritahu pada sesiapa. Tolonglah saya Dang Setia.



GADIS TAKUT



Dang Setia faham kesukaran yang saudari hadapi iaitu takut perkara buruk berlaku kerana abang ipar bersikap tidak bermoral, serba salah untuk berterus terang demi menjaga hati kakak, nak tinggal di rumah sewa pula, duit tak cukup.

Justeru, dalam menghadapi kebuntuan ini, nasihat Dang Setia kepada saudari ialah yakinlah dengan kenyataan “apabila kita berusaha mencari keredaan Allah, pasti ada cabarannya, namun insya-Allah, kita tidak akan dibiarkan sendirian kerana Allah akan menolong kita.”

Berpegang kepada keyakinan itu, Dang Setia berpendapat saudari perlu ada keberanian untuk bertindak. Ikhlaskan niat dan bulatkan tekad di dalam hati bahawa tindakan yang dilakukan itu semata-mata kerana Allah.

Pada pendapat Dang Setia, tindakan terbaik yang patut saudari lakukan ialah tidak tinggal lagi di rumah kakak saudari. Ini kerana, Dang Setia percaya jika saudari terus tinggal di situ, risiko amat tinggi untuk berlaku sesuatu yang buruk kepada saudari.

Entah kenapa, jauh di sudut hati Dang Setia melihat abang ipar saudari seolah-olah sengaja memperlihatkan sikap buruknya dengan menonton video lucah di depan saudari, mungkin dengan niat menggoda atau merangsang nafsu saudari.

Mungkin benar telahan Dang Setia ini dan mungkin juga tidak. Ini hanya gerak hati Dang Setia. Namun yang pasti, selagi saudari ada di rumah itu, tambahan pula apabila kakak saudari pulang ke kampung untuk melahirkan anak kelak, semakin tinggilah kemungkinan untuk berlakunya kejadian tidak diingini.

Bagi Dang Setia, tidak sesuai saudari menceritakan masalah ini kepada kakak saudari pada masa ini, dalam keadaan dia nak melahirkan anak dan pulang ke kampung. 

Berhenti kerja juga bukan tindakan bijak kerana ia menimbulkan masalah lain kepada saudari. Oleh itu, tindakan terbaik ialah cari tempat tinggal lain, biarpun saudari berdepan masalah kewangan.

2 comments:

  1. saya berumur 22 tahun...belum berkahwin..selepas melakukan onani..terasa sakit di hujung zakar ketika membuang air kecil...bagaimana kah untok sy mengatasi masalah ini..

    ReplyDelete
  2. saya berumur 24 tahun,saya belum berkahwin, saya ada masalah, masalah saya,di batang zakar saya ada bintik-bintik yang apabila dipicit akan keluar macam putih2 di jerawat tu, bagaimana saya nak mengatasi masalah ini?? dan apakah ini penyakit yang berbahaya?

    ReplyDelete

Recent Post