Amalan sapu minyak zaitun

SOALAN

ADAKAH amalan menyapu minyak zaitun pada zakar sebelum bersetubuh dengan isteri memberi kesan sampingan kepada alat sulit kedua-dua pasangan?


NAZIM
Kuala Lumpur


JAWAPAN


Minyak zaitun memang baik kerana ia mengandungi mineral dan zat ‘essential fattyacids’ sesuai untuk kulit.

Minyak hanya melekat kepada kulit dan sukar untuk menyerap. Jadi ia hanya kekal sebagai lapisan bahan yang licin kepada kulit.

Namun ia meninggalkan bekas minyak dan bau jika digunakan untuk bersetubuh walaupun selepas dicuci dengan sabun.

Memandangkan faraj wanita mengandungi bakteria pelindung yang mengekalkan keasidan dalam faraj, ia mengganggu apabila wanita itu membersihkan minyak di faraj.

Jika wanita itu menggunakan pelicin berasaskan air, keadaan berbeza iaitu tidak perlu mencuci kerana ia mesra mukosa faraj.

Saya syorkan anda gunakan pelicin daripada jeli dan kini ada banyak jenama yang sihat dalam pasaran.

No comments:

Post a Comment

Recent Post