Keluar bersama darah

BARU-BARU ini, saya lakukan hubungan seks dengan isteri dan apabila saya lepaskan air mani di luar, saya dapati tompokan darah di dalamnya.

Kemudiannya, saya ke bilik air dan ketika buang air kecil, saya terkejut mendapati darah memancut dengan banyak. Selain itu, terdapat ketulan darah terpancut keluar bersama air kencing.


Selepas itu, saya berbaring dan 10 minit kemudian, saya cuba kencing semula dan dapati keadaan pulih seperti biasa. Perkara sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.



SULAIMAN

Pahang




Masalah air mani mengandungi darah atau ‘hematospermia’ yang anda alami itu bukan perkara biasa dan ia mungkin menandakan kecederaan dalam salur kencing atau keradangan pundi prostat.

Ketulan darah yang terkeluar dari salur kencing ketika membuang air kecil mungkin tanda kecederaan yang berlaku dalam salur kencing anda.

Selepas episod itu, tiada lagi campuran darah keluar lagi daripada kencing atau ejakulasi. Kemungkinan kecederaan yang berlaku sudah sembuh maka pendarahan tidak terjadi lagi.

Bagaimanapun, ia boleh berulang jika anda rangsangkan anggota sulit dengan kasar untuk mencapai ejakulasi.

Anda juga pernah mengalami perkara sama sebelum itu dan kemungkinan ia berlaku berpunca daripada perkara sama iaitu merangsang anggota sulit dengan kasar untuk ejakulasi.

Jika pendarahan itu kerap berlaku dan darah masih kelihatan dalam air mani, kemungkinan ia bukan kerana kecederaan salur kencing, mungkin masalah keradangan pundi prostat.

Jika ini berlaku, anda tidak akan nampak episod pendarahan ketika membuang air kecil seperti yang berlaku kerana situasi dan puncanya berbeza.

Perbezaan itu pula membabitkan keradangan pundi rostat dan kecederaan salur kencing. 

Keradangan pundi prostat dapat dikesan melalui ujian air mani dan imbasan prostat dan rawatan sewajarnya akan diberikan doktor.

Kecederaan salur kencing boleh berlaku apabila air kencing yang banyak atau air mani yang pekat itu terkeluar dengan deras dan banyak dengan salur kencing berada dalam keadaan radang (akibat geselan dengan tangan seperti yang anda lakukan untuk melepaskan air mani keluar).

Apabila kecederaan itu sudah lega dan pulih maka pendarahan tiada lagi kecuali perkara yang sama dilakukan!

Jadi anda jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor sekiranya perkara itu berulang lagi kerana ia sebaiknya dilakukan daripada mendiamkan diri.

No comments:

Post a Comment

Recent Post