Perlu dibedah

MASALAH kecacatan zakar yang digelar ‘hypospadias chordae’ menggambarkan kecacatan di mana pembukaan lubang kencing berada di bahagian bawah kepala atau pangkal zakar dengan alat sulit itu sendiri bengkok ke bawah.

Jika zakar bengkok secara ketara dan tidak diperbetulkan sebelum lelaki itu mencapai akhil baligh dan masuk ke alam dewasa, sudah tentu sukar hendak menyalurkannya ke dalam faraj.


Keadaan itu boleh diperbetulkan dengan melakukan pembedahan dan lebih mudah dilakukan ketika individu berkenaan masih kecil.

Sebahagian besar daripada perubahan kecacatan zakar itu hanya kelihatan apabila kanak-kanak berkenaan masuk umurnya dua tahun atau lebih dan pembedahan boleh dilakukan seawal umur terbabit atau lebih.

Pembedahan pemulihan biasanya dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak yang fasih dalam pembedahan pemulihan atau ‘plastik’.

Biasanya, pembukaan lubang kencing akan diperbetulkan dengan menebuk bahagian depan menggunakan ‘stent’ dan kebengkokan yang berlaku akibat tarikan tisu keras dilegakan dengan melegakan tarikan tisu terbabit.

Sedikit kecacatan boleh berlaku tetapi keseluruhan pembedahan berkenaan akan membuatkan zakar berbentuk lebih lurus dan sesuai untuk persetubuhan pada masa depan.

Jika kecacatan ‘chordea’ atau kebengkokan penghujung zakar tidak diperbetulkan maka sukar untuk lelaki itu menggunakan zakarnya ketika erek kerana penghujung zakar akan bengkok.

Jika pembedahan pemulihan dilakukan dengan lelaki itu sudah masuk alam dewasa maka kemungkinan zakar akan memendek kerana hendak meluruskan bahagian yang bengkok.

Ini kerana, sebahagian besar tisu zakar di bahagian atas terpaksa dipendekkan supaya penghujung zakar boleh mendongak ke atas.

Saya syorkan jika ada antara anda mengalami masalah berkenaan dan doktor menasihatkan dilakukan pembedahan maka ikut nasihat beliau.

No comments:

Post a Comment

Recent Post