Faktor Y, X

SOALAN

SAYA baru berkahwin dan alhamdulillah isteri disahkan mengandung. Soalannya, adakah jantina anak terus ditentukan ketika hubungan kelamin yang pertama kali dilakukan (ketika waktu subur) atau ketika hubungan kelamin yang selepas itu pada hari dan waktu yang lain.


SUAMI BARU
Johor


JAWAPAN

Bunting pelamin atau hamil terus daripada mula melakukan hubungan seks tanpa kedatangan haid boleh berlaku dan kekerapannya ialah 10 peratus untuk mana-mana pasangan yang kerap bersetubuh selepas berkahwin tanpa amalan merancang keluarga.

Jika anda memang kerap bersetubuh dan kebetulan isteri anda dalam waktu subur, kemungkinan kehamilan berlaku sangat tinggi.

Waktu subur wanita ialah waktu yang mana kemungkinan telur keluar sangat tinggi. Peringkat awal subur memberi tanda lelehan cecair jernih semacam hingus daripada faraj dan perasaan imbasan sengal di paras ari-ari petanda ovulasi.

Apabila sperma bercantum dengan telur isteri, janin mula terbentuk. Jika sperma Y bercantum dengan telur isteri, hasilnya ialah anak lelaki dan jika sperma X yang bercantum, ia adalah anak perempuan.

Kemungkinan hamil anak lelaki tinggi untuk kebanyakan bunting pelamin kerana sperma yang aktif ialah sperma Y.

Jika hubungan kelamin hanya dilakukan pada waktu isteri belum subur, kemungkinan mendapat anak perempuan tinggi memandangkan sperma X lebih berdaya lasak daripada sperma Y dan boleh tahan lebih lama.

Paling penting sekarang ialah anak dalam kandungan itu sihat dan sempurna. Jangan lupa amalkan doa setiap kali bersetubuh untuk mendapat anak yang soleh.

No comments:

Post a Comment

Recent Post